Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 23 December 2013

Buang sampah tepi MRR2...siapa yang perlu ambil tindakan??

sampahmrr2

Kejadian seperti ini belum pernah berlaku.Jika ia dibiarkan begitu saja mungkin perbuatan yang tidak bertanggongjawab ini boleh berulang.Ramai yang geram melihat kontraktor sampah melonggokan sampah di di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Kepong Sabtu.
Perbuatan itu bukan saja mengakibatkan bau busuk pada kawasan sekitar tetapi telah mencetuskan kesesakan teruk di sepanjang jalan yang sibuk itu selama beberapa jam.
    
Ia berlaku gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal pada Sabtu kerana kerosakan mesin pemampat.

Para kontraktor mengangkut sampah mendakwa mereka tidak ada pilihan selepas tidak dimaklumkan mengenai penutupan pusat pemindahan itu.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut berkongsi rasa marah dengan perbuatan itu.
Dalam satu kenyataan beliau menegaskan tindakan akan diambil terhadap pihak yang melonggok sisa pepejal itu.
Katanya perbuatan itu melanggar Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam selain menjejaskan imej Kuala Lumpur.
Beliau memberitahu kerja pembersihan longgokan sampah terbabit telah dilaksana dan selesai pada pukul 5 petang Sabtu.
Selain itu katanya bagi menangani masalah penutupan sementara pusat pemindahan sampah di Taman Beringin, Jinjang, sampah yang dikutip akan dihantar terus ke tapak pelupusan di Bukit Tagar.

No comments:

Post a Comment