Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, 16 March 2011

Bukti Pembohongan Saifuddin Nasution - Gobala nak saman 12 juta jika tidak minta maaf !!

wajah penipu...
Saifuddin Nasution membuat pendedahan kononnya MP Keadilan dibeli oleh UMNO  dengan harga 1.4 juta berdasarkan wang yang dimilki oleh ahli MP Keadilan itu  untuk membeli  tanah. Bukti adalah apabila MP berkenaan mampu melunaskan bayaran tanah itu dengan membuat dua bayaran.

 Kedua dua bayaran dibayar menggunakan cash cek sebuah bank di Ipoh. Beliau juga berkata ada surat perjanjian  yang menyatakan bahawa MP ini perlu membayar baki wang berkenaan dalam tempuh yang ditentukan.Saifuddin mendedahkan di sebuah web TV.

Di manakah MP ini mendapatkan wang ini? tanya Saifuddin. sepatutnya Saifuddin tanya lah MP ini atau tanyalah Anwar Ibrahim. Apa bukti  Saifuddin mengatakan wang ini UMNO yang bayar.? Saifuddin jangan jadi bodoh dan jangan  ingat orang lain juga bodoh macam dia. Kenapa Saifuddin tak cerita pasal siapa yang punya  cek. tak kan Saifuddin tak tahu cek tentu bertuan. tentu ada pembayarnya. Kenapa Saifuddin tak dedahkan siapa pemilik cek berkenaan
.
Lihat lah betapa liciknya cara Saifuddin mahu menipu rakyat. Dia tidak langsung menyebut pasal siapakah pembayar cek berkenaan.Namun Saifuddin ada berkata alamat syarikat  berkenaan di bawah  nama  individu  iaitu nama MP itu sendiri. Mungkin Saifuddin rujuk kepada surat perjanjian berkenaan bukan cek berkenaan.

Jelas di sini Saifuddin cuba mengelirukan rakyat. jika UMNO yang bayar sudah tentu Saifuddin sudah dapat bukti yang lengkap kerana salinan cek ada dengan Saifuddin dan ianya memudahkan kerja Saifuddin. Bawalah lampiran dan laporkan kepada polis .Apa gunanya jikalau setakat menyeru SPRM menyiasat . Ianya tidak laku. Pergilah buat laporan. Kenapa  Saifuddin tidak membuat laporan.

MP berkenaan Gobalakrisnan bercakap kepada pemberita bahawa beliau memberi tempoh tujuh hari mulai hari ini kepada Saifuddin untuk meminta maaf dan jika Setiausaha Agung PKR itu gagal berbuat demikian beliau akan menyamannya RM12 juta lihat sini

Oleh: Puteri Rangbulan