PEGUAM-PEGUAM pembangkang melompat sampai
ke siling bila difahamkan bahawa barisan pendakwaraya dalam kes Anwar
meliwat Saiful Bukhari, memohon kepada Mahkamah Persekutuan nanti supaya
hukuman penjara selama 5 tahun yang dikenakan ke atasnya, ditambah lagi
kerana tidak berbaloi dengan kesalahan yang dilakukan.
Tindakan pendakwaraya itu bukan luar
biasa, malah memang berlaku dalam banyak kes pun sebelum ini tapi tak
kecoh pun semua peguam-peguam itu.
Bila Anwar yang terlibat, tiba-tiba
semuanya jadi tak kena dan jadi tak betul, seolah-olah pertama kali
dalam sejarah negara ini pendakwaraya memohon kepada Mahkamah yang lebih
tinggi untuk menjatuhkan hukuman lebih berat semasa proses rayuan.
Apa punya law beruk-beruk ini pakai pun tak tahulah.
Logiknya, bagi kesalahan yang
diperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, 5 tahun yang dikenakan
ke atas Anwar itu memang nampak terlalu ringan. Dia main macam-macam
wayang supaya kes ini ditangguhkan dari peringkat Mahkamah Tinggi lagi,
dah menghampiri tempoh itu pun.
Mungkin Mahkamah ambil kira faktornya
yang sudah tua dan nak mati tidak lama lagi, tapi itu pilihan dia
sendiri. Dia yang nak kes ini berlarutan lebih lama kan.
Orang lain menangguhkan kes juga, tapi langsung tak macam Anwar – lebih dari 60 kali (digabungkan semua sekali).
Dalam hal ini yang lebih penting ialah
Saiful sebagai mangsa liwat yang terpaksa menanggung begitu banyak
kesengsaraan sepanjang kes ini berjalan. Tak termasuk fitnah dan
penghinaan yang dilemparkan penganut Anwar yang tidak boleh menerima
hakikat pemimpin mereka sememangnya peliwat.
No comments:
Post a Comment