Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 25 March 2014

FBI Mula Campur Tangan Dalam Penyiasatan Kehilangan MH370?

 ££-Zaharie-Ahmad-Sha-3275271

Beberapa hari selepas Barrack Obama mengumumkan pencarian MH370 sebagai “Top Priority”, Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat memulakan siasatan ke atas juru terbang dan pembantu juru terbang pesawat terbabit.

Menurut laporan Mirror UK, perisikan Amerika telah meminta latar belakang Kapten Zaharie Ahmed Shah, 53, dan pembantunya Fariq Abdul Hamid, 27 dan memulakan proses penyiasatan terhadap kedua-duanya.

FBI dikatakan telah menyelesaikan siasatan awal ke atas Fariq dan mereka percaya buat masa ini tiada alasan untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas pembantu juru terbang tersebut.

Bagaimanapun, FBI mendapati penyiasatan latar belakang Kapten Zaharie lebih kompleks dan memerlukan siasatan lanjut. Mereka dijangka akan menyoal siasat isteri Zaharie, Faizah Khan bagi membantu usaha mencari MH370.

The insider said: “There seems to be nothing in the life of Fariq Hamid to suggest a motive for hijacking.

“The personal life of Zaharie Shah, however, is far more complex and is in the process of being unravelled.”
FBI turut mengambil kira keadaan tidak stabil keluarga beliau di mana “it appears the pilot’s marriage had deteriorated to the point where he was no longer in a relationship with Faizah, despite them still living together with their children.” dan sokonganya dengan Ketua Pembangkang yang baru-baru ini berhadapan dengan hukuman penjara kerana kes liwat.

Semenatara itu, agen FBI di Amerika Syarikat terus mengkaji hard drive Simulator Zaharie bagi mencari sebarang petunjuk baru.

Dalam masa yang sama maklumat tidak rasmi menyatakan pegawai penyiasat di Kuala Lumpur turut merampas rekod kewangan 12 anak kapal termasuk Penyata Bank, Kad Kredit dan dokumen jual beli.

Namun sehingga kini, para penyiasat hampir percaya bahawa misteri kehilangan MH370 bersama 239 penumpang berpunca daripada hal dalam bilik juruterbang (cockpit). Mereka percaya salah seorang anak kapal secara bersendirian atau bersama rakan telah merampas pesawat terbabit.

http://www.mirror.co.uk/news/world-news/missing-malaysia-airlines-flight-fbi-3276536

No comments:

Post a Comment