Bismillahirrahmanirrahim.
YG berbahagia PENGERUSI TETAP,
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK,
PRESIDEN UMNO MALAYSIA
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN,
TIMBALAN PRESIDEN UMNO MALAYSIA
YB NAIB-NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA,
YBHG KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA,
YB KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA,
YAB, YB, YBHG AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA,
PARA PERWAKILAN, PARA PEMERHATI, RAKAN-RAKAN MEDIA SERTA SIDANG HADIRIN
YANG DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT SEKALIAN.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
2)Alhamdulillah buat pertama kali berdiri di atas pentas di hadapan
tuan-tuan perwakilan dan Yyab D.S.N selaku presiden, di dewan mulia ini, mewakili
suara puteri, perjuangan srikandi.
Syukur alhamdulillah, kami sebagai anak-anak, menghargai pengiktirafan YAB
Presiden kepada ibu-ibu kami, yang selama ini adalah sebahagian daripada tulang
belakang perjuangan keramat parti. Sesungguhnya ucapan dasar YAB Presiden yang telah
menggariskan lima teras transformasi UMNO benar-benar mengangkat semangat kami
orang muda, setinggi langit.
3) Kepada Timbalan Presiden pula, kami berkongsi bangga dengan Pergerakan
Pemuda apabila disebut sebagai pewaris perjuangan parti. Terima kasih
berpanjangan. Pengiktirafan ini tidak akan kami sia-siakan, biar maut dikandung
badan.
4) Kepada Pergerakan Wanita,ibu-ibu dan kakak-kakak sekalung tahniah atas
pengiktirafan yang sekian lama didambakan. Tanpa perjuangan Wanita, hambarlah
perjuangan kami. Sifarlah aspirasi kami, sepilah sumber inspirasi kami. Kami
berikrar untuk terus taat, dan terus setia, dan terus menyayangi Pergerakan
Wanita.
WANITA UMNO.. TULANG BELAKANG PERTIWI
PEMUDA SAYAP KANAN...PUTERI SAYAP KIRI
BERKAT DOA KEPADA ILAHI
SEMGA UMNO TERUS DIRAHMATI
JIWA SRIKANDI TAK TAKUT MATI
WALAU DIHINA WALAU DICACI
DEMI AGAMA DAN IBU PERTIWI
X KAN BERUNDU WALAU SEINCI
5) Kepada Pergerakan Pemuda juga, terima kasih kami ucapkan. Sama-sama kita
berusaha untuk menyiapkan diri bagi menghadapi hari esok. Kita sebagai pewaris
perjuangan parti, adalah juga pewaris amanah bangsa.
***pantun
Sayang-sayang si buah kepayang
Buah kepayang dihujung galah
Sekali puteri mara berjuang
Pantang berundur menyerah kalah
Sidang perwakilan yang saya hormati sekalian,
INISIATIF BANTUAN MANGSA BANJIR
6) Hari
ini merupakan hari yang ke-56 saya diangkat dan diberi mandat memegang
tampuk PPUM. Dalam waktu itu, pelbagai cabaran dilalui dan pelbagai kerjaaan
telah kami dilakukan. Sebagai mulanya
episod perjuangan serta meneruskan lembaran di dalam perjuangan puteri.
7) Dalam kita berhimpun di sini, negara
dikejutkan dengan kejadian banjir yang mengganas di beberapa buah negeri. Sebagai
sayap yang sentiasa prihatin terhadap masalah rakyat, Pergerakan Puteri UMNO
Malaysia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Presiden Parti kerana
telah melancarkan tabung prihatin puteri pada 3hb,12,2013, yang mana tabung ini
diadakan bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur serta bagi membantu mangsa
taufan tabung Haiyan serta pelbagai lagi musibah yang melanda ahli puteri
mahupun rakyat Malaysia. Alhamdulillah hasil keprihatinan ini dalam masa 1
minggu kita berjaya mengutip sebanyak 142,472.15.
8) Sebelum berkampung di PWTC ini, Kami
telah meminta semua ketua puteri umno negeri-negeri untuk bersedia dengan
sukarelawan puteri bagi membantu
mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir. Sukarelawan-sukarelawan Puteri
Negeri nampaknya telahpun digerakkan dengan membantu di pusat-pusat penempatan
mangsa banjir.
9) Sabarlah hati,sabarlah sayang,
sabarlah insan, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
***Kalau 4 5 hari lepas kita dengar
ramai yang marah ramai yang melontarkan tuduhan bahawa UMNO tidak sensitif,
bahawa UMNO tidak prihatin. Ramai yang
marah ramai yang kata rakyat malaysia tidak bersimpati dengn apa yang terjadi dengan
mereka.
Bukan
tidak sayang bukan tidak riasau, bukan tidak prihatin namun apabila sudah
terputus hubungan jalan disitu, bantuan yang ada tidak kesampaian.
Tetapi hari ini,
Kita lihat dan kita dengar bahawa bantuan
melimpah ruah betapa banyaknya bantuan yang turun untuk diagihkan kepada
mangsa-mangsa yang terlibat.
Kejap PM turun, meninggalkan kita semua
di dewan ini untuk brsama dengan mangsa banjir, diganti pula dengan Timb.
Perseiden untuk menyelami nasib yang dialami oleh mangsa. Tok nan pengerusi
badan perhubungan umno pahang langsung tidak nampak mukanya disini untuk
membantu rakyatnya di sana.
Datuk aziz raheem kalau dua tiga hari
lepas kita dok nampak dalam tv dok nampak dalam surat khabr dok usung tilam 1 Malaysia untuk diberikan
kepada mangsa banjir.
Bukannya tilam
Sidang perwakilan sekalian,
KEAHLIAN AUTOMATIK& LANJUTAN USIA AHLI
10) Dalam usaha kita sama-sama bangun memperteguhkan parti, Pergerakan
Puteri pada mesyuarat EXCO kali pertama telah mensasarkan keahlian seramai
500,000 orang ahli.. Sekarang keahlian Puteri adalah seramai 368,481 orang
ahli. Adakah ini mustahil? Insyallah dengan gerak kerja
bersepadu bagi mendapatkan keahlian dibawah kelolaan Naib saya, iaitu saudari
Zahida Zarik Khan, Puteri tidak merasakan ianya mustahil. Puteri akan terus berusaha menambat hati anak
muda, wanita muda diluar sana agar terus bersama dengan keluarga UMNO dengan
gaya dan cara kami sendiri. Kami akan melipatganda
kan berusaha sehabis baik. Tambahan pula
dengan sokongan wanita UMNO, dengan sokongan dari pemuda dan pemimpin umno yang
menggalakkan anak mereka, Cucu mereka, isteri mereka serta isteri isteri isteri
dan isteri mereka, tidak melupakan kekasih gelap mereka.
11) Untuk itu , PPUM ingin memohon sokongan, dorongan dan bantuan di peringkat
cawangan-cawangan, bahagian-bahagian, negeri dan juga pusat agar dapat membantu
kami dalam usaha untuk menambah ahli puteri, membuka cawangan baru Puteri
sebagaimana dalam fasal 16.1 peraturan pergerkan Puteri UMNO serta
membantu memperkukuhkan dan
memperkasakan cawangan Puteri yg sedia ada.
Agar UMNO dilihat kuat dan mantap apabila PPUM bertambah ahlinya. Saya ingin puteri dilihat kuat oleh wanita
muda diluar sana. Apabila ramai yang
menyertai ahli Puteri ia akan menjadikan Puteri trendy di kalangan wanita muda. Maknanya di sini, akan sampai di satu tahap kalau
ditanya kepada wanita muda diluar sana sudahkan menyertai Puteri, kalau jawapannya
belum maka seolah-olah mereka sudah ketinggalan kapal terbang.
12) Oleh sebab itu, Pergerakan Puteri mohon untuk mencadangkan serta
memberi saranan kepada pucuk pimpinan parti agar wanita muda yang berumur 18-35
tahun yang ingin masuk UMNO, yang ingi menjadi ahli UMNO, yang ingin bersama
dengan UMNO agar terus diserapkan menjadi ahli pergerkan Puteri UMNO Malaysia atau maksudnya Puteri diberikan
keahlian automatik.
***13) Namun, kami juga prihatin dengan impian orang lain. Sekiranya ahli
itu sendiri yang mahu masuk Pergerakan Wanita, tak mengapa, kami tak kisah.
Ahli-ahli bolehlah memohon untuk berbuat demikian. Bak kata orang putih, dengan
izin, “we’re all in this together.”
kunini lancang pusaka
Nampak dari kampung tuan
Kalau kering laut Melaka
Takkan kulupakan jasa tuan puan
Rajin adik rajin
Rajin la bekerja
Bila PRU nanti kita dah bersedia
Rajin adik rajin
Rajin tambah ahli
Kita usaha gigih
Demi untuk parti
Rajin adik rajin
Rajin lah bekerja
Supaya Barisan Nasional menang bergaya!
MEMPERGIATKAN LATIHAN & PERKADERAN
14) Puteri juga secara berjemaah bersetuju serta menyahut usul
menyiapsiagakan UMNO dengan mempergiatkan inisiatif-inisiatif latihan,
perkaderan dan kemahiran demi pemerkasaan parti. Puteri memandang ini sebagai
peluang untuk barisan pemimpin wanita muda dalam parti mempersiapkan diri
dengan ilmu-ilmu kepimpinan, selari dengan tuntutan-tuntutan politik baru alaf
ini.
15) Kami merasakan bahawa aspek latihan perkaderan dan peningkatan
kemahiran di kalangan pemimpin-pemimpin muda di dalam UMNO perlulah diberi
perhatian yang serius serta perlu dibuat segera, Ini selari dengan salah satu dari lima baris
transformasi UMNO seperti yang disebut YAB Presiden parti.
BIRO SAHABAT
PUTERI
16) Pergerakan Puteri UMNO juga sedar
bahawa perlunya kita mendapat sokongan daripada orang muda di kalangan professional,
orang muda di kalangan pelajar-pelajar, orang muda di kalangan NGO dan orang
muda dikalangan kaum yang lain, mereka ini akan disatukan dibawah satu bumbung
melalui Biro Sahabat Puteri. Saya
percaya dengan wujudnya Biro
Sahabat Puteri dapat menarik lebih banyak sokongan anak muda di luar dari
pelbagai latar belakang.
17) Puteri juga sedar betapa kami harus
lebih terbuka dan mendampingi segenap lapisan orang muda di luar sana. Hasrat
dan impian orang muda dapat digemblengkan dan dijadikan satu "framework"
buat rujukan kitadalam usaha kita untuk terus kekal relevan, merentasi kelok
peredaran zaman. Biro sahabat Puteri ini
juga dijangkakan dapat memberi impak kepada graf sokongan terhadap UMNO dan BN
akan menigkat.
PENDEKATAN PROAKTIF MENERUSI MEDIA BARU
Sidang perwakilan sekalian,
18) Gema suara YAB Presiden sewaktu menyampaikan ucapan dasar beliau begitu
jelas dan lantang sekali. Oleh yang demikian, Kita harus menggapai zaman yang
pantas bergerak, sama-sama menaiki bahtera kemodenan agar kita terus kekal
relevan.Puteri mengulangi pendirian betapa pengaruh serta peranan yang
dimainkan oleh media-media baharu harus dipergunakan sepenuhnya.
19)
Puteri UMNO menggalakkan setiap puteri dan juga wanita-wanita muda agar
menggunakan kuasa ajaib media baru dengan melibatkan diri dalam perniagaan
“online”. Media baru sekiranya diaplikasikan dengan baik mampu menjana
pendapatan yang lumayan kepada sesiapa sahaja. Malahan, syarikat-syarikat besar
dan antarabangsa telah mula menggunakan saluran ini untuk meningkatkan
pendapatan mereka.
20)
Oleh yang demikian, saya menyarankan agar semua badan-badan kerajaan atau
institusi kewangan bersifat lebih inklusif apabila menawarkan bantuan kewangan
kepada usahawan-usahawan “online”. kita perlu juga beri sokongan dan dorongan
kepada bakal serta usahawanita maya ini semua.
INISIATIF-INISIATIF
TRANSFORMASI
21) Pergerakan Puteri akan terus teguh di belakang YAB Presiden dalam
usaha-usaha transformasi ingin beliau laksanakan untuk parti dan negara. Kami senbagai agen orang muda akan
bersama-sama dengan beliau melakarkan perubahan. Tanpa perubahan, memang kita akan kekal dalam
takok lama, takok sederhana, takok ketinggalan zaman. Xdo bertingkek-tingkek
kata orang. Memang jelas, transformasi
adalah ikhtiar, demi memastikan hari esok lebih baik daripada semalam.
22) lagipun Bukankah kita dituntut oleh
agama untuk berhijrah? Untuk berubah ke arah yang lebih baik? Hijrah adalah
konsep yang perlu kita amalkan dalam kehidupan kita. Dalam pentadbiran negara,
YAB Presiden telah mengaplikasikan konsep hijrah ini melalui Dasar Transformasi
Negara. Proses hijrah ini diaplikasikan juga di dalam parti melalui pindaan
Perlembagaan Parti; serta asimilasi golongan muda, golongan ilmuwan dan ulama,
ke dalam parti yang kita kasihi ini.
Kita perlu bersama dalam usaha ini, tidak ada aku aku engkau engkau. Ini
tidak........
Jika aku kaya.........dunia ini aku yang punya.......
Kita lupa kita leka dan kita lalai untuk bantu orang melayu, orang islam.
Jangan tuan-tuan, ingatlah ,sematlah, melayu melayu melayu adalah agenda
YAB presiden, timbalan presiden, para perwakilan, para pemerhati,
rakan-rakan media serta sidang hadirin yang saya kasihi sekalian
23) kami gembira kerana pada tahun ini, PPUM Telah bersama-sama wakil
mahasiswa nasional yang mewakili pelajar-pelajar universiti tempatan telah
memberi peluang dan ruang untuk mereka sama-sama dalam membahaskan ucapan dasar
dalam PPUM. Saya juga gembira dengan partisipasi
mereka di dalam perhimpunan kita kali ini, ini menolak dakwaan bahawa umno itu
bersifat eksklusif bukan inklusif.
24) Suka puteri cadangkan agar pada perhimpuan PPUM tahun hadapan akan
dapat kami libatkan juga pelajar dari kelab umno luar negara untuk sama-sama
kami di dalam perbahasan. Dan kita
gunakan pelajar-pelajar ini untuk mereka dapat ilmu politik , kita gunakan
pelajar-pelajar ini supaya mereka timba pengalaman bersama-sama dengan orang
politik dan pimpinan negara.
Bukan seperti pihak di sebelah yang gunakan pelajar-pelajar untuk kepentingan
membuat demonstrasi jalanan.
Kalau bukan orang muda menghargai orang muda siapa lagi??
25) Semoga ruang dan peluang ini dapat mereka gunakan sebaik mungkin
bertukar pandangan dan pikiran serta idea bagaimana untuk terus memberikan
nafas segar di dalam umno ini.
PENUTUP
Sidang perwakilan sekalian yang saya kasihi sekalian,
20) Surah An-Nisa, ayat ke58, yang bermaksud:
"Sesungguhnya
Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia
(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar dan sentiasa Melihat.”
21) UMNO, sebagai tiang seri Pergerakan
kita, adalah parti dominan dalam ikatan persahabatan dan persefahaman yang
mengikat Barisan Nasional, generasi demi generasi. Maka, UMNO memegang amanah
nusa bangsa. Ini bukan omongan kosong, dan bukan juga retorik semata-mata. Kita
memegang amanah keramat ini kerana kita bertanggungjawab, dan berdasarkan
catatan-catatan sejarah, kita telah
unggul memimpin untuk membawa nusa bangsa sehingga disegani hari ini.
22) Dalam Perikatan dahulu, UMNOlah yang
memimpin. Dalam Barisan Nasional, dulu, kini dan selamanya (insya-Allah), UMNO
jugalah tunggaknya. Maka UMNOlah yang memegang amanah untuk mengemudi nusa
bangsa ke arah wawasan masa depan yang kita dambakan.
23) Marilah kita bersama-sama
memperkukuhkan tekad dan menanam semangat baru agar parti kesayangan akan terus
gah. Teringat saya kepada kisah dalam Nujum
Pak Belalang:Di manakah letaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah? Apakah jawapannya saudara
saudari sekalian? Maka Nujum Pak Belalang menjawab, kekuatan beliau tertelak di
huruf "ta". Sama juga seperti kekuatan Tun Teja dan Tun Fatimah.
Kekuatan dan kehebatan mereka juga terletak pada huruf "ta" - yakni TAAT, TEKAD dan TABAH.
Dalam perjuangan kita perlu sabar,
Dalam perjuangan ini kita perlu setia,
Dalam perjuangan ini kita perlu bersatu.
Biar apapun tohmahan,
Biar apapun hinaan,
Biar apapun kejian,
Kita perlu terus MARA, BERSATU dan
BERPADU dalam memprjuangkan agenda melayu atas dasar Alif Ba Ta, dengan
semangat perjuangan yang jitu, demi menegakkan agama, bangsa dan negara.
Kita perlu tenang dalam setiap perkara
.... kerana orang yang tenang adalah orang yang selalu menang.
Hari ini kita pulang bersama semangat,
harapan dan doa kepad Allah yang Maha Esa tuhan Sekalian Alam
....................***
ZIKIR..................
HASBI RABBI JALLALLAH
MAFI QALBI GHAIRULLAH
A’LA MUHAMMAD SALALLAH
LAILAHAILAALLAH
Wabbillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment