Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 26 October 2013

90 Peratus Muka Baharu Terajui Ketua Puteri Umno Negeri – Mas Ermieyanti

 
Pergerakan Puteri Umno akan melantik 90 peratus muka baharu untuk jawatan Ketua Puteri Umno Negeri, kata ketua pergerakan itu, Mas Ermieyanti Samsudin.

Beliau berkata ini berikutan hampir kesemua calon yang memenangi jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian pada pemilihan Umno baru-baru ini terdiri daripada muka baharu.

Katanya hanya dua Ketua Puteri negeri iaitu Norasimah Md Nowar di Kedah dan Norwahida Patuan (Kelantan) mengekalkan jawatan Ketua Puteri di peringkat bahagian masing-masing.

Mas Ermieyanti berkata beliau kini sedang dalam proses bertemu Pengerusi Badan Perhubungan Umno di setiap negeri bagi berbincang dan mengenal pasti calon terbaik menerajui pergerakan itu di negeri masing-masing.

“Kedah dan Kelantan saya belum bincang (dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno), saya tak pasti (mengekal kepimpinan atau muka baharu),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah di sini hari ini.

Mas Ermieyanti berkata pada masa ini, pergerakan itu memberikan tumpuan penuh bagi membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 Nov ini.

No comments:

Post a Comment