KUALA LUMPUR - Reformasi bukan hanya terikat dengan kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata sebaliknya dicipta masyarakat yang merayakan kebebasan berhimpun demi menegakkan kebenaran.
Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar berkata, tiada sesiapa yang memiliki reformasi dan sesiapa pun tidak boleh mendakwa mereka itu penjaga kemurniaan reformasi.
"Seseorang yang merampas reformasi itu merampas milik orang lain. Reformasi juga bukan milik Anwar Ibrahim atau milik sesiapa, tidak ada sesiapa boleh mendakwa diri mereka itu penjaga kemurniaan reformasi.
"Saya ingin melihat reformasi itu dari dua perspektif iaitu dari segi perspektif sempit yang berlaku di Malaysia pada tahun 1998 bulan September, itu cetusan peristiwa reformasi. Kita semua berhimpun di Dataran Merdeka dan Masjid Negara kemudian berminggu-minggu berikutnya serta siri demonstrasi dan banyak lagi sehingga hari ini," katanya pada Forum : Siapa Rampas Reformasi? di Dewan Perhimpunan Cina di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar berkata, reformasi itu berdasarkan kepada kebebasan untuk melakukan apa saja yang diingini oleh kehendak diri.
Katanya, reformasi harus bersandarkan kepada desakan kebebasan bersuara untuk berfikir, kebebasan beraktiviti dan kebebasan bersuara untuk mengkritik pemerintah.
"Dalam konteks ini, orang akan tanya ada apa pada reformasi.
"Itu adalah semangat orang pada zaman itu pada tempoh pertengahan abad ke-20 yang mempengaruhi seluruh dunia seksi menjadi kiri pada waktu itu, lambang seksi pada hari ini mendesak dan bercakap tentang perkara itu." katanya.
Penulis Lirik dan Budayawan Hasmi Hashim pula menyifatkan detik 20 September itu adalah reformasi, Kuala Lumpur dibanjiri lautan manusia berhimpun di Dataran Merdeka.
"Bagi saya reformasi adalah 20 September, 2 September itu adalah keluarnya surat daripada pejabat Perdana Menteri untuk menyingkirkan timbalanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kuala Lumpur tetap tidur lena.
"Tetapi 20 September, Kuala Lumpur bergolak 50 ribu orang atau barang kali 100 ribu orang. Tidak pernah dalam sejarah Kuala Lumpur dan sejarah Malaysia orang begitu ramai turun berduyun-duyun ke Kuala Lumpur," katanya.

No comments:
Post a Comment