Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday 21 September 2013

Mas Ermieyati serah borang tanding Ketua Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin tiba di pusat penyerahan borang pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menyerahkan borang pencalonan pada pukul 8.10 pagi bagi bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

MAS ERMIEYATI Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menyerahkan borang pencalonan jawatan Ketua Puteri UMNO di PWTC, hari ini. - UTUSAN/GHAZALI/BASRI

Mas Emerianti yang bertanding buat kali pertama sebelum ini mengumumkan untuk merebut jawatan tersebut selepas penyandang, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak menpertahankan jawatan kerana faktor had usia pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Kulim Bandar Baru, Datin Nor Sabrina Mohd Noor dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Zahida Zarikh Khan, masing-masing tiba di PWTC pada pukul 8.20 pagi dan 8.15 pagi bagi menyerahkan sendiri borang pencalonan untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Seorang lagi calon yang bertanding untuk jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Nazliah Ali iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Tawau menghantar borang pencalonan melalui wakil, Wan Izwani Abdul Malek yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Segambut. - UTUSAN ONLINE


No comments:

Post a Comment