Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 26 September 2013

AL-FATIHAH - GTP mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak

image.jpg b

KUALA LUMPUR, 26 Sept  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pagi ini.

“Al-Fatihah. Takziah kepada keluarga Tan Sri Azizan Abdul Razak atas pemergian arwah, semoga roh beliau dicucuri rahmat,” kata perdana menteri dalam laman Twitternya.

Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi HSB.
Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Alor Setar pukul 5.30 petang. – Bernama

P/S : Dikesempatan sama, kami krew Gerbang Tempur Puteri (GTP) turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan ke atas kembalinya beliau ke Rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kebaikan dan kemuliaan beliau ketika hidup di dunia.

Al-Fatihah, amin.

No comments:

Post a Comment