Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 16 July 2013

‘Saya tak mahu layan tuduhan’

Tengku Zaihan nafi tiada rumah, mahu terus tawan hati pengundi
 
'Saya tak mahu layan tuduhan'  
 
Tengku Zaihan menziarahi seorang penduduk kampung, Awang Ismail yang menghidap penyakit angin ahmar ketika berkempen di Kampung Kayu Kelak, Kuala Besut, semalam. 
 
“Saya tidak mahu melayan sangat tuduhan mereka, tetapi yang pasti saya memang ada rumah di Taman Seri Seratus, di sini.

“Memang saya sedar mereka menuduh saya tidak ada rumah di sini tetapi yang pastinya ibu bapa saya tinggal di Kampung Nail dan saya memiliki rumah di taman itu,” kata calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berhubung dakwaan pembangkang beliau tidak layak menjadi wakil rakyat di Kuala Besut kerana tidak rumah di situ.
Kebanyakan pengundi muda yang saya temui teruja dengan tindakan BN mengemukakan calon muda seperti saya. Saya yakin mereka akan memberikan sokongan padu kepada BN pada hari mengundi” Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, Calon BN
Bukan masalah 

Tengku Zaihan berkata, beliau tidak mahu menjadikan tuduhan yang dianggapnya tidak berasas itu sebagai masalah besar menghalang usahanya menawan hati pengundi menjelang hari mengundi pada 24 Julai ini.

Sebaliknya, yang penting beliau mahu terus berusaha bertemu seramai mungkin pengundi untuk beramah-mesra dan mendengar denyut nadi mereka sejajar konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Tengku Zaihan berkata demikian apabila ditemui ketika mengunjungi peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Kuala Besut, di sini semalam.

Pada ceramah pembangkang di Kampung Tok Has, malam kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar dari PKR, Azan Ismail mendakwa Tengku Zaihan tidak mempunyai rumah di sini, sekali gus tidak layak menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Beri sokongan

Tengku Zaihan berkata, beliau yakin kebanyakan pengundi muda yang ditemuinya tidak berpura-pura dalam memberikan sokongan kepada BN, sebaliknya bersifat ikhlas.

“Kebanyakan pengundi muda yang saya temui teruja dengan tindakan BN mengemukakan calon muda seperti saya. Saya yakin mereka memberikan sokongan padu kepada BN pada hari mengundi,” katanya.

Mengenai jadual hariannya sepanjang berkempen, Tengku Zaihan berkata, jentera parti memberikan kerjasama padu kepadanya setiap kali program bertemu pengundi.

Sehubungan itu, beliau bertekad akan berkempen habis-habisan sehingga hari mengundi.

No comments:

Post a Comment