Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 2 July 2013

BN kemuka tiga calon pilihan raya kecil DUN Kuala Besut


Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan tiga nama calon untuk dipertimbangkan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar selepas menghidap paru-paru berair pada 26 Jun lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima surat pemakluman kekosongan kerusi DUN Kuala Besut daripada Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong, 27 Jun lalu.

Sehubungan itu, pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

No comments:

Post a Comment