Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 16 January 2013

Hasan cabar Anwar buat kenyataan rasmi terima keputusan Majlis Syura Ulama PAS

Share
hasan-pc1xx
Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS berkenaan larangan penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.

Dalam kenyataannya Isnin, Hasan berkata kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang itu boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terhadap PAS dalam meneruskan perjuangannya.

"Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas (setiausaha agung DAP) Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS.

"Sekali lagi dalam isu kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura Pas malam semalam memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.

No comments:

Post a Comment