Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 18 December 2012

Tambah kerusi: DAP mahu luaskan pengaruh, pendekatan cauvinis - Muhyiddin



Tindakan DAP yang mahu menambah bilangan kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan sikap angkuh mereka untuk mengepalai pakatan pembangkang.


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan tersebut juga dilihat sebagai usaha parti itu untuk meluaskan pengaruh dan pendekatan cauvinis yang hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.


"Hasil daripada keputusan dalam pemilihan (Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP yang majoriti dimenangi anggota dari kaum Cina) semalam, kalau itu (DAP dapat menambah kerusi) berlaku, mungkin kesannya tidak baik bagi kita dan bagi masyarakat.


"Ini kerana mereka akan memperluaskan pengaruh dan pendekatan yang cauvinis dan tidak memberi penilaian lebih kepada masyarakat Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Perdana sempena tamat kursus latihan asas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2012, di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, di Port Dickson Ahad.


Bernama melaporkan beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mahu tambahan 13 kerusi bagi parti itu iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13, kononnya atas dasar semangat setiakawan dan tulus kepada sekutunya PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Dalam ucapan dasarnya bertajuk "Perubahan Di tangan Mu" pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang semalam, Lim juga berkata PAS dan PKR diharap dapat mengiktiraf semangat dan kesetiaan yang ditunjukkan DAP dengan membenarkan parti itu bertanding lebih banyak kerusi.


Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pendekatan cauvinis yang cuba dibawa DAP dilihat tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.


Beliau juga tidak pasti sama ada PAS dan PKR bersedia untuk bertolak ansur dengan membernarkan DAP bertanding di lebih kawasan dengan kerusi-kerusi yang telah sedia terbahagi sejak pilihan raya yang lalu.

No comments:

Post a Comment