Masa terus berlalu sejak bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz Tunku
Ibrahim keluar dari parti DAP dan mendedahkan beliau cuba disogok dengan
jawatan sebagai senior fellowship di Institut Pulau Pinang malah
ditawarkan RM50,000.
Namun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan atau penjelasan yang
dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng.
Mengulas mengenai isu ini, Pengerusi Sekreatariat Perhimpunan Melayu
Pulau Pinang, Irfan Zaini Md Tahar berkata, ianya amat pelik kerana Guan
Eng terkenal dengan sikap suka menyaman sekiranya ada pihak yang
menentang atau bercerita buruk mengenainya atau DAP.
Malah tegas beliau pemimpin UMNO dan pihak media juga sering menjadi
mangsa saman DAP tetapi Guan Eng mengambil langkah berdiam diri dan cuba
mengalihkan isu apabila masih enggan membuka mulut memberi penjelasan
terhadap dakwaan yang dibuat oleh Tunku Aziz.
“Sebelum ini kan DAP memang juara saman menyaman. DAP juga lantang
kononnya mahu membenteras isu rasuah. Tapi bila Tunku Aziz mendedahkan
cubaan rasuah ini DAP terus diam.
“Adakah Guan Eng mahu biar isu ini terus berlalu dan berharap agar
rakyat melupakannya? Rakyat sekarang bijak. Mereka masih tertanya-tanya
apakah status sebenar perkara ini. Mengapa Guan Eng enggan menjawab…
Adakah isu ini benar kerana Tunku Aziz bukan orang UMNO jadi mereka
tidak boleh menuduh UMNO dalang disebalik perkara ini.
“Saya mendesak untuk Guan Eng menjawab isu ini. Jangan hanya pandai
menuding jari ke arah orang lain dan bila terkena hidung sendiri terus
diam membisu… Sama la Tunku Aziz untuk membuktikan bahawa Guan Eng tidak
bersalah dan Tunku Aziz hanya mereka reka cerita,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah Irfan, di manakah ketelusan dan perjuangan DAP selama ini yang
sentiasa dilaung-laungkan iaitu slogan Cekap, Akuntibiliti, Telus
(CAT). Mungkin menyedari isu ini akan merosakkan kredibiliti DAP maka
Guan Eng terus mengambil sikap membisu seribu bahasa.
“Saya sekali lagi mendesak agar Guan Eng mengambil tindakan segera
dalam hal ini. Jangan permainkan keyakinan rakyat. Jangan pandang rakyat
sebelah mata kerana rakyat tidak mudah lupa,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
No comments:
Post a Comment