KUALA LUMPUR, - Puteri UMNO hari ini berikrar untuk mengabadikan
seluruh kekuatan jentera pergerakan itu berjuang bersama sayap-sayap
parti untuk memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kemenangan
selesa dalam pilihan raya umum ke-13.
Ketua Pergerakan itu Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri akan menyumbang segenap daya dan komitmen luar biasa serta berada di saf paling hadapan berjuang bersama Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kepada ayahanda presiden, kalau ditanya kepada Puteri, apa ertinya Puteri di sisi parti? Puteri berikrar untuk ketepikan kepentingan peribadi.
"Kepada ayahanda timbalan presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kalau ditanya apa makna setia? Setianya Puteri hingga sanggup bergadai jiwa, berkorban harta dan nyawa untuk bangsa dan agama," katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Rosnah juga memberi jaminan kepada kekanda wanita dan barisan juang Pemuda bahawa sayap paling bongsu itu akan berdiri setia bersama dalam mendepani gerombolan musuh pada pilihan raya umum itu nanti.

No comments:
Post a Comment