Tergelak tengok Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man halakan senapang kepada UMNO dalam isu Amanat Haji Hadi.
Kononnya serangan terhadap Presiden PAS itu sebab ura-ura nama Hadi dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu kaitkan semua itu adalah usaha UMNO kononnya akan sekat sesiapa saja yang digambarkan bakal jadi PM.
Tuan Ibrahim beri contoh dengan mendakwa kerajaan tentang
habis-habisan pengasas Al Arqam, Ashaari Muhamad yang mengamalkan Aurad
Muhammadiah.
Menurutnya,walaupun diakui ada beberapa amalan dan keyakinan
bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah
kerana ada cita-cita Ashaari untuk menjadi Perdana Menteri.
Itu cerita Tuan Ibrahim...tetapi sesiapa yang ikut perkembangannya,
beliau sudah banyak berubah sejak kalah bertanding jawatan Timbalan
Presiden PAS pada muktamar parti itu.
Beliau lebih banyak jadi ‘yes man’, ikut dan akur serta sokong saja apa isu berkaitan DAP dan PKR.
Kalau dulu namanya tiada dalam geng Anwarinas, sekarang mungkin top
ten. Sepatutnya, Tuan Ibrahim fikir panjang-panjang sebelum nak hala
senapangnya pada UMNO.
Beliau patut tahu, antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi, tentunya
UMNO lebih rela terima Presiden PAS itu jika ditakdirkan pembangkang
menang PRU ke 13.
Inilah tunjuk Tuan Ibrahim tidak cerdik tetapi kerana sudah jadi Ketua Penerangan PAS Pusat, itulah tiket untuknya bercakap.
Mungkin nak tunjuk beliau bela bossnya Haji Hadi.
Namun sayang, muncung senapang kini betul-betul menghala ke mukanya,
Hadi, Musyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama, Datuk
Harun Taib yang beria-ia pertahan Amanat Haji Hadi.
Kalau ya pun, cari lah alasan lain kerana modus operandi menyalahkan
UMNO dalam semua hal sudah tak laku dan tak boleh pakai lagi.
Sepatutnya, Tuan Ibrahim risau peluang Hadi yang semakin nipis untuk
jadi PM jika terus berkeras enggan menarik balik amanat itu.
Sebagai orang agama, Tuan Ibrahim patut tahu, mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah sifat terpuji dan dituntut dalam Islam.
Justeru itu, tidak salah Hadi menarik semula amanat itu kerana sudah
macam-macam perkara babitkan perpecahan antara orang PAS dan UMNO
padahal ke semuanya Melayu dan beragama Islam.
Ingatlah, soal amanat ini bukan soal tentukan siapa jadi PM tetapi
untuk tentukan umat Islam di negara ini tidak terus berpecah atas sebab
politik suku –agama suku!
No comments:
Post a Comment