PERHIMPUNAN Agung Umno ke-66 merupakan perhimpunan terakhir sebelum
Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13). Setelah ditubuhkan 11 tahun, Puteri
Umno matang dan menjadikan perhimpunan ini sebagai satu platform bukan
sahaja sekadar mencetuskan dan menyatakan kesediaan, tetapi secara
holistik, Puteri bersedia untuk menghadapi PRU13.
Ikuti temu bual bersama Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin, bersama wartawan Sinar Harian, G. MANIMARAN dan
NORSHAHZURA MAT ZUKI serta jurufoto MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI.
Datuk telah menjadi Ketua Pergerakan Puteri Umno (Puteri) empat tahun, bagaimana Datuk menerajui pimpinan Puteri?
ROSNAH: Sebenarnya, pergerakan Puteri telah melalui
tiga fasa, perubahan kepimpinan tiga Ketua Puteri telah menerajui
jawatan ini dalam era berbeza. Datuk Seri Azalina Othman Said, era
Puteri ditubuhkan yang dicetuskan oleh kepimpinan kerana melihat dalam
keadaan politik semasa menuntut supaya wujud satu entiti yang mewakili
generasi muda. Pada waktu itu peranan wanita ke arah tanggungjawab
politik dan menjurus satu senario kematangan. Golongan muda tidak
mempunyai platform untuk luahkan pendapat, melakukan aktiviti menjurus
kepada sokongan kepada kerajaan. Puteri ditubuhkan.
Era Datuk Seri
Azalina, Puteri sesuatu jenama baru, perlu diperkenalkan dan diterima
dan memainkan peranan. Era Datuk Noraini Ahmad pula Puteri telah
bertapak, pada ketika itu Puteri perlu menyerlahkan peranan dan identiti
Puteri. Keadaan politik tidak mencabar dibandingkan ketika ini. Setelah saya terajui kepimpinan Puteri 2008, senario
politik negara telah berubah di mana tuntutan dalaman parti itu sendiri
berubah menyaksikan ketika ini terdapat suara-suara yang melihat kepada
proses demokrasi perlu dilaksanakan. Oleh itu jawatan tertinggi Puteri
dipertandingkan. Ia kali pertama jawatan Ketua Puteri dan Naib Ketua
Puteri dipertandingkan. Saya kira dalam era itulah kita meniti
kematangan dan mengamalkan proses demokrasi dan sebelum ini kita tidak
didedahkan dengan proses yang sama.
Pada 2008, kita melihat pada dua
cabaran cabaran dalam parti (Puteri) dan cabaran luar. Barisan
pembangkang berbeza, pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk
menyerlahkan ketandusan dan kelemahan kita. Mereka beria- ia berkuasa,
setelah menguasai beberapa buah negeri. Cabaran di dalaman pula, selepas
pertandingan, kita mahu
merapatkan barisan, selesaikan sebelum menggerakkan jentera Puteri untuk menghadapi senario seterusnya.
merapatkan barisan, selesaikan sebelum menggerakkan jentera Puteri untuk menghadapi senario seterusnya.
Adakah Puteri menghadapi cabaran sama seperti pada tahun 1999?
ROSNAH: Walaupun Puteri belum ada pada tahun 1999
tetapi cabaran Puteri ialah usaha pemantapan. Sebagai Ketua Puteri, saya
merasakan usaha tersebut perlu ambil masa. Barisan kepimpinan Puteri
dapat dirapatkan. Tumpuan kami sejak tiga tahun perkasakan persediaan
parti itu sendiri. Dari segi persediaan menghadapi PRU13, kita telah
memulakan awal.
Bagaimanakah Datuk sebagai Ketua Puteri yang terakhir melihat PRU13 kerana sesetengah pihak menganggap ia mencabar?
ROSNAH: PRU13, bukan bukan sahaja satu pilihan raya
mencabar. PRU13 inilah adalah getir dan ibu kepada semua pilihan raya
yang pernah dilalui. Selaku Ketua Puteri kita perlu melakukan persediaan
luar biasa. Kita tidak akan berdiam diri dengan hanya melaksanakan
tugas teras untuk kendalikan sistem di dalam Umno dan Barisan Nasional
(BN). Kita tidak berpeluk tubuh dan hanya gembira membuat apa yang kita
perlu buat. Kita pastikan bahawa keupayaan kita mengendalikan sistem itu
perlu diperluaskan. Kita juga berperanan untuk menangani masalah yang
hadir media alternatif.
Adakah Datuk mengambil alih Puteri dalam keadaan terkejut?
ROSNAH: Sebenarnya saya terkejut. Kita melalui fasa pertandingan, kita tidak tahu untung nasib kita ketika itu. Saya menerajui jawatan yang kedua, Naib Ketua Puteri, tetapi saya tidak menaruh keyakinan tinggi untuk memenangi kerana jawatan Ketua Puteri ditandingi oleh enam individu mempunyai kekuatan masing-masing. Takdir bersama saya, saya terpilih. Saya terkejut, saya terus kembali kepada diri saya, saya diberikan mandat dan harus bertanggungjawab.

Adakah Datuk rasa terbeban?
ROSNAH: Beban tidak akan hilang daripada bahu kita
sampai bila- bila. Kita tidak boleh rasa terbeban kerana dengan beban
itu melahirkan amanah dan perasaan untuk melakukan terbaik untuk parti.
Apa yang Datuk belum dan telah buat menjadi Ketua Puteri?
ROSNAH: Saya boleh memberikan senarai yang panjang.
Kita mempunyai perancangan tetapi Tuhan yang menentukan. Saya sedar
bahawa ada tempoh tertentu untuk melaksanakan apa yang saya rancang.
Namun masa yang sama yang membantu berfikiran positif walaupun saya
tidak mampu laksanakan. Saya yakin kita mempunyai barisan kepimpinan di
kalangan individu di Puteri yang berkaliber dan berkemampuan untuk
mewarisi kepimpinan ini serta meneruskan apa yang dirancang sebelum ini
selepas kepimpinan saya.
Puteri salah satu sayap Umno. Pada tahun 2008, kepimpinan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri gusar. Bagaimana keadaan sekarang?
ROSNAH: Pada 2008, saya gusar, bercampur aduk dengan
kekecewaan di atas kekalahan beberapa buah negeri. Saya tidak kata saya
gembira sehingga saya dapat mengetahui keputusan PRU13. Insya-ALLAH,
kita doakan PRU13 akan dimenangi oleh kepimpinan BN.
Saya tidak mendapat
tidur lena sejak empat tahun lepas. Kita sentiasa memikirkan dan perlu
kembali kepada hakikat, perkara ini perlu dilakukan secara berterusan
untuk menyatakan bahawa kami telah memberikan yang terbaik. Jika tidak
cukup, kita perlu lakukan yang berlainan. Kita hadapi cabaran luar
biasa, persediaan luar biasa perlu dilakukan. Saya yakin kemampuan
Puteri, tidak hanya memberikan komitmen dan kekuatannya. Keahlian Puteri
ialah 396,000 dan 366,000 daripada jumlah ahli merupakan pengundi.
Jadi Puteri adalah 10 peratus ahli Umno dan 80 peratus adalah pengundi.
Adakah 366,000 pengundi boleh menentukan jatuh bangun Puteri?
ROSNAH: Saya tidak berkata demikian kerana dari segi jumlah, kita yang paling kecil jika dibandingkan Wanita dan Pemuda. Seluruh negara, jumlah besar, jumlah ini kita yakin 366,000 akan dapat beri kekuatan kepada parti untuk golongan wanita muda yang kita tahu berada saluran tiga, empat dan lima.

Apa peranan Puteri dalam menarik pengundi?
ROSNAH: Selain kita pastikan ahli kita daftar sebagai pengundi, kita
juga berperanan laksanakan program khusus untuk tarik generasi muda. Dua
hari lepas, Himpunan Wanita Muda Negara berjaya himpunkan 14,000 wanita
muda daripada pelbagai latar belakang.
Penerimaan generasi muda kepada
Barisan Nasional begitu menyerlah. Kita berbeza dengan Pakatan Rakyat
(PR). PR memilih untuk membawa generasi muda menyertai demonstrasi
jalanan dan menghimpunkan mereka untuk mewujudkan kebencian. Kita
menghimpun anak muda untuk membantu mereka mengenal potensi, beri ruang
dan peluang suara hati. Ini dibuktikan dengan program Himpunan Sejuta
Belia. Himpunkan dalam satu platform serlah bakat dan potensi, tampilkan
wanita- wanita muda berjaya dijadikan ikon satu figura dicontohi, ini
jelas membuka minda dan pendekatan positif terhadap generasi muda yang
tidak berpersatuan.
Ke mana hala tuju Puteri. Apabila habis jawatan, ke mana hala tuju Ketua Puteri?
ROSNAH: Menjawab dua aspek berbeza iaitu Pergerakan
Puteri dan Ketua Pergerakan Puteri. Pergerakan Puteri tidak pernah
berubah hanya satu objektif menjadikan Puteri sebagai platform lahirkan
pemimpin wanita muda yang boleh dibanggakan, apabila berhijrah ke
wanita, menjadi pemimpin berkaliber dan mempunyai pengalaman.
Penghijrahan mereka tersebut meniti kedewasaan dalam kepimpinan. Hala
tuju Puteri, kita ingin Puteri kekal memainkan objektif menyumbang
kepada parti, agama, bangsa dan negara. Mereka juga mendekati golongan
muda kepada kepimpinan. Hala tuju apa akan berlaku Puteri jika
dibandingkan dengan Pemuda, Datuk Azalina dilantik Menteri, Datuk
Noraini Timbalan Menteri Sumber Manusia. Kedua-duanya masih kekal
sebagai Ahli Parlimen. Kedua-duanya tidak berperanan saya kurang
bersetuju kerana mereka memainkan peranan dan penting apabila menjadi
Ahli Parlimen mewakili kawasan masing- masing. Terpulanglah, bukanlah
tempat saya menetapkan ini perlu berlaku kepada Ketua Pergerakan Puteri.
Secara peribadi, sebagai ahli politik kita tidak seharusnya mempunyai pendekatan bahawa melalui jawatan sahaja kita boleh berbakti. Saya selaku orang parti dan Umno, saya yakin kita mempunyai tanggungjawab mempunyai kedudukan dalam parti kita tidak boleh lari berperanan. Setia dan bertanggungjawab kepada parti, pendekatan itulah saya amalkan. Saya tidak seharusnya memikirkan ‘exit plan’ tetapi saya memikirkan apa yang kita hadapi PRU13, adalah penting dan utama. Saya belum fikir lagi untuk bertanding jawatan apa, apa yang berlaku kerana saya fikir apa yang berlaku kepada parti selepas PRU13. Itu penting. Saya berharap semua Puteri berfikiran sedemikian. Tidak guna ada kedudukan tinggi dalam hierarki parti tetapi hilang sebagai kerajaan.

Apa akan dibincangkan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini?
ROSNAH: Seperti sayap lain, kita juga akan membincangkan persediaan mental dan fizikal menghadapi PRU13. Kita bersedia hadapi PRU13 sebagai satu pasukan yang kuat dan pergerakan utuh. Kita perlu bersedia menjadi jentera memberikan kesan positif dan memastikan menang dan kekal tampuk kekuasaan sebagai peneraju kerajaan. Ini penting.

Bagaimana dengan ucapan dasar?
ROSNAH: Selain isu asas, isu –isu politik, tanggungjawab dan tugasan Puteri. Kita bincang mengenai pendekatan pembangkang. Isu-isu dikupas dari segi ekonomi, politik dan sosial oleh pembahas. Satu platform bukan sahaja sekadar mencetuskan dan menyatakan kesediaan, tetapi secara holistik, fizikal kita bersedia untuk menghadapi PRU13. Perhimpunan terakhir, mengumpulkan sebahagian akar umbi kita perlu pastikan apabila mereka balik, mereka berada dalam keadaan bersedia.

Apakah kelainan Perhimpunan Agung Umno kali ini berbanding yang lepas?
ROSNAH: Kelainan dari segi kualiti perbahasan, kematangan ahli- ahli Puteri. Perhimpunan ini mengenai kepimpinan Puteri secara menyeluruh, kita harapkan mereka matang daripada 11 tahun lalu. Kita perlu meniti kematangan. Saya harap semua A.

Adakah Puteri takut dengan wanita- wanita muda pembangkang?
ROSNAH: Tidak. Tidak pernah merasa gerun dan gentar
wanita pembangkang, Kita yakin kekuatan sendiri kerana ia bukan daripada
kelantangan, pembohongan dan keupayaan mencetuskan kemarahan dan
kebencian. Kekuatan kita melalui pendekatan berhemah dan memimpin
generasi muda yang positif. Kita sedih generasi muda dibincangkan mereka
dikatakan tidak bertanggungjawab, tidak sayang negara, ganas, negatif.
Bosan dengan sinonim itu, dan perspektif yang dikaitkan. Kita mahu
mereka menjadi kebanggaan, wajar lahir generasi muda yang boleh menilai
berhemah dan penuh dengan keikhlasan. Kita bergantung kepada generasi
muda kerana mereka memimpin masa depan. Kenapa perlu isi jiwa mereka
dengan perasaan benci dan tidak puas hati sehingga mereka tidak boleh
menilai buruk dan baik. Adakah ini generasi muda sebegini yang kita mahu
tampilkan untuk negara
pada masa depan. Saya rasa tidak.
pada masa depan. Saya rasa tidak.
Apa komen Datuk apabila pembangkang menyatakan sokongan orang muda meningkat kepada mereka?
ROSNAH: Mereka boleh menyatakan apa sahaja. Memang
tidak dinafikan orang muda menyokong mereka. Orang muda yang menyokong
mereka telah diperalatkan dan diberikan sentimen dan perspektif yang
mendukacitakan dan memarahkan kita. Perspektif pembohongan biasa dengan
pembangkang. Saya tidak mahu cucu-cucu saya kenal apa demonstrasi
jalanan, menghina pemimpin, tidak menghargai pemimpin dan jika berhutang
tidak perlu bayar. Saya menghargai kehidupan mereka dan mahu mereka
menghargai pemimpin yang berjuang memerdekakan negara. Pengisian yang
dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak dengan proses transformasi berterusan demi rakyat.
Nauzubillah, saya tidak mahu generasi muda kenang keadaan huru-hara.
Berapa peratus persediaan Puteri menghadapi PRU13?
ROSNAH: Kita memulakan persediaan menghadapi PRU13
sejak tiga tahun lepas. Persediaan bilik gerakan jentera di peringkat
cawangan dan bahagian. Dari segi memberikan kursus persediaan, Puteri
berganti, setiap masa pendedahan diperlukan. Kita akan cuba apabila
wisel atau semboyan ditiupkan. Insya-ALLAH kita bersedia 100 peratus.
Bila-bila masa. Boleh dikatakan 90 peratus telah bersedia dan 10 peratus
perlu disimpan dahulu. Dari segi teknikal, Insya-ALLAH. Sebagai
pengikut yang baik saya tidak tetapkan bila Perdana Menteri membubarkan
Parlimen dan menetapkan tarikh PRU13. Beliau seorang sahaja yang boleh
membuat keputusan.
Apakah harapan Datuk?
ROSNAH: Harapan saya bila-bila masa sahaja Presiden meniupkan semboyan, keseluruhan jentera Umno bersedia.
ROSNAH: Harapan saya bila-bila masa sahaja Presiden meniupkan semboyan, keseluruhan jentera Umno bersedia.
Apa pandangan Datuk mengenai penghijrahan artis?
ROSNAH: Hijrah sesuatu yang baik. Hijrah daripada kurang baik kepada baik dan cemerlang. Jika hijrah kita disebabkan perkara- perkara duniawi seperti kewangan dan sokongan yang tidak berlandaskan sesuatu yang positif, itu penghijrahan yang membawa malapetaka. Kita perlu melihat peranan kita apabila menjadi ikon masyarakat, kita bertanggungjawab untuk membawa pemikiran dan kesetiaan masyarakat itu kepada sesuatu yang positif.

Apabila kita menjadi ikon, ikutan masyarakat tetapi membawa
perkara yang negatif, boleh merosakkan akidah dan pemikiran. Orang itu
telah melakukan kesalahan yang besar dan beliau perlu bertaubat. Mereka
perlu bertanggungjawab di atas perbuatan mereka. Saya yakin walaupun
masyarakat kita termakan dengan cara dan pendekatan ikutan figura
tersebut tetapi ramai yang faham dan saya yakin mereka tidak akan
terperangkap dan terjerumus dengan ikutan secara semberono yang
didedahkan individu tertentu.
Apa pendapat Datuk mengenai penglibatan artis dalam politik?
ROSNAH: Penyertaan artis kepada politik. Saya tidak kata yang ikut Umno
baik dan ikut pemsinarharian bangkang tidak baik. Saya tidak tetapkan
penilaian itu. Sebagai ikutan, kita bertanggungjawab berikan sesuatu
terbaik kerana kita menjadi ikutan. Kita menjadi idola kepada peminat.
Kita menjadi figura satu mesej positif kepada masyarakat. Semua pihak
bertanggungjawab.
Dari segi calon, berapa ramai calon Puteri dalam PRU13 nanti?
ROSNAH: Apa yang kita harapkan pihak kepimpinan kekal
atau menambah calon-calon. Pada saya, kita tidak tetapkan jumlah.
Terpulang kepada Presiden kerana ramai Puteri yang berkaliber dan boleh
ditampilkan menjadi calon. Saya akur kekangan kawasan. Saya yakin,
Presiden mempunyai kekuatan untuk menampilkan ramai calon wanita pada
PRU13. Insya- ALLAH, Puteri ada calon boleh menang.
Adakah Puteri yakin kemenangan Umno secara keseluruhan dan kekal berkuasa?
ROSNAH: Umno kekal, insya-ALLAH. Saya tidak mahu
takbur dalam menjawab soalan ini. Saya yakin sebenarnya dengan apa yang
dilaksanakan dan proses transformasi yang dilakukan, membuktikan Umno
dan BN adalah parti untuk rakyat. Segala yang dilakukan untuk rakyat dan saya yakin
rakyat tahu perkara ini. Mereka akan beri sokongan tidak berbelah bahagi
kepada Umno. Saya yakin kita dapat peperangan ini dengan kemenangan
selesa, tubuhkan kerajaan. Itu doa saya sebagai ahli parti, ibu dan
individu. Doa orang muda yang ingin melihat kesinambungan kepimpinan
yang sedia ada kerana kita mempunyai pemimpin yang baik dan cemerlang.
Pemimpin yang boleh ke arah negara yang gemilang daripada apa yang telah
kita lalui.
Apa pandangan Datuk terhadap doa dibaca pembangkang?
ROSNAH: Saya dilahirkan seorang Islam dan mendapat
pendidikan agama. Saya tidak pernah mendengar lagi atau diajar untuk
menyatakan doa untuk kemusnahan sesuatu kaum atau sesama Islam, tidak
pernah diajar dalam Islam. Saya cukup kecewa. Kalau dulu saya masih ada
rasa hormat kepada sebuah parti Islam iaitu Pas melalui pemimpinnya yang
tidak ekstrem. Apabila doa dilafaz oleh pemimpin Pas, saya hilang
hormat kepada parti yang menyatakan mereka memperjuangkan Islam. Ia
penghinaan kepada umat Islam secara keseluruhan kerana pemimpin Pas
sendiri, Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)
menyatakan doa ini dibenarkan dalam Islam, ini juga salah. Apabila
melakukan kesalahan, kesalahan itu cuba disembunyikan melalui
menggunakan agama.
Sekali lagi, itu juga penghinaan besar. Saya umat
Islam, ia sebagai pencabulan satu penghinaan besar yang tidak mampu
dimaafkan, bukan kerana mendoakan Umno tetapi ada kesanggupan doakan
saudara seagama sudah tentu satu perkara cukup menyedihkan.
Apakah mesej Datuk kepada Puteri?
ROSNAH: Saya ingin melihat apabila kita berhadapan dengan Perhimpunan
Agung yang melibatkan sayap Puteri , bukan sahaja dapat bahaskan isu
dengan kematangan, kita dapat kupas isu dengan tanggungjawab. Saya ingin
lihat di mana kita selepas ini. Apa yang kita boleh dapat Perhimpunan
Agung Umno, sebagai bekalan, pengisian jiwa dan kudrat untuk parti.
Bukan semangat sahaja tetapi kesediaan untuk bertindak. Itu penting.
Perlu ada semangat dan tindakan. Kita tidak menang dengan semangat
sahaja.
66 tahun Umno ditubuh, 55 tahun merdeka, Sabah ada dua pemimpin tertinggi. Adakah itu kebaikan kepada penduduk Sabah?
ROSNAH: Dua wakil Sabah yang menjawat jawatan Naib
Presiden. Ini pengiktirafan kepada rakyat Sabah. Ini juga menunjukkan
Umno adalah parti untuk semua. Umno bukan untuk Melayu Semenanjung
sahaja. Sudah tentu Sabah membantu dalam PRU13. Berada kami dalam tampuk
kepimpinan, Umno berjuang merintis bangsa dan agama. Ini menunjukkan
Umno sudah tidak ada soal sempadan.
Bagaimana Datuk melihat tindakan Pembangkang mendekati Sabah?
ROSNAH: Lihat PRU11 dan PRU12, Sabah sumbang kerusi Parlimen dan Dun. Sabah dilihat lubuk kekuatan Umno dan BN. Pendekatan pembangkang dengan serangan dan harap banyak kerusi Sabah dan Sarawak. Saya yakin mereka tidak yakin menang secara keseluruhan, tapi mereka cuba di Sabah bagi membantu mereka tubuh kerajaan.

Pendekatan ini biasa
yang dijangkakan kerana Sabah dan Sarawak dan Johor negeri terbesar
menyumbang kepada kekuatan BN. Ini retorik dan persepsi diwujudkan.
Rakyat Sabah matang menilai mereka. Ini menjadi pertimbangan utama
kepada rakyat untuk pilih pembangkang apabila melihat keadaan Selangor.
Pembangkang banyak tabur janji tetapi secara fakta tidak ada janji yang
telah ditunaikan secara keseluruhan. Satu sentimen yang cuba
diwujudkan. Rakyat Sabah matang untuk nilai yang mana intan dan permata.
Walaupun fitnah di blog kepada pemimpin kerajaan, kita sudah dapat menilai siapa
berjanji tetapi tidak tunaikan dan siapa berjanji yang ditepati.
No comments:
Post a Comment