Pas hari ini dipersoal apabila dilihat bukan sahaja gagal mentarbiyyah DAP malah dilihat gagal untuk mendidik rakannya PKR berhubung persoalan semasa mengenai Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU) Ustaz Fathul bari Mat
Jahaya berkata alangkah baiknya sekiranya mereka memberikan dakwah yang
sebaik mungkin kepada rakan-rakannya supaya kontroversi yang menimpa
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak berlaku.
Menurut beliau kenyataan Naib Presiden PKR itu dikhuatiri
mengelirukan umat Islam dan boleh dianggap sebagai tindakan untuk
menyemai fahaman ‘pluralism’ dan semua pihak perlu berhati-hati dalam
mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
“Apabila ILMU bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Presiden
MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini pelbagai persepsi
ditimbulkan. Macam-macam persepsi yang keluar sedangkan matlamat kita
adalah untuk menjelaskan kefahaman yang sebenarnya.
“Dan kenyataan seumpama itu yang kita tidak mahu. Membawa ideologi
dan pemikiran semua agama ini sama, tak boleh…..itu pluralisme. Saya
kira mana-mana agama tidak menerima kenyataan seperti itu. Jadi saya
minta agar kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang
kenyataan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar
menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu
dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata
: ”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa
sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya
terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama
rata.”
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian
ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa
Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan
beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
Mengulas lanjut Ustaz Fathul seterusnya menyarankan agar PKR
menubuhkan Majlis Ulama agar apa yang berlaku itu tidak akan berulang.
“Saya cadangkan begitula jika mereka tidak mahu merujuk perkara yang
sewajarnya kepada sekutu mereka iaitu Pas. Apa pun kenyataan tersebut
memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah
banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam
agar tidak murtad,“ katanya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment