SHAH
ALAM, 12 Okt – Dalam tempoh 30 hari seramai 5,500 pengguna air di
Selangor telah pun menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri,
Menteri Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas).
Peguambela, Kamarudin Ahmad berkata, hari ini seramai 1515 pengguna
air Selangor lagi tampil menfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Shah
Alam bagi tujuan yang sama.
“Ini merupakan tuntutan yang keempat oleh kumpulan pengguna air dari
kawasan Perumahan Flat Putra Perdana, Sepang, perumahan Flat SPNB Taman
Medan Petaling Jaya dan perumahan Flat Seksyen 6 Shah Alam.
“Jika sebelum ini, 5500 pengguna air dari Palimen Shah Alam, Kelana
Jaya, Puchong, Hulu Langat dan Petaling Jaya Selatan telah pun memulakan
langkah menfailkan saman tuntutan terhadap kerajaan negeri, Menteri
Besar dan juga pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas),
namun gerakan ini tidak akan berakhir begitu sahaja,” ujarnya selepas
menfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi tadi.
Tambahnya, dijangka ada 30,000 lagi pengguna air yang akan menfailkan
saman tuntutan sebagai menuntut hak mereka sebagaimana yang terkandung
dalam manifesto parti pembangkang iaitu setiap rakyat negeri ini yang
mempunyai akaun bekalan air adalah layak menerima subsidi sebanyak
RM11.40 setiap bulan.
“Lagi 30,000 yang bakal tampil membuat benda yang sama ialah dari
kawasan Parlimen Subang, Ampang, Pandan, Gombak dan Serdang pada
bulan-bulan yang akan datang. Proses saman tuntutan ini mengambil masa
kerana pihak gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) memerlukan masa
untuk mengumpul data dan maklumat dari pengguna air di kawasan parlimen
berkenaan,” ujarnya lagi. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment