Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday, 14 August 2012

Rohingya - KP1M Ada Usaha, PAS Ada Apa?



BILA berlaku hal-hal berkaitan dengan nasib orang Islam di mana-mana tempat dalam dunia, yang akan paling kuat melompat, sudah tentulah PAS.  Bukan melompat nak bagi bantuan, tapi melompat nak menyalahkan kerajaan kerana kononnya lambat bertindak cepat membantu pihak-pihak terbabit.

Maka hebohlah di Facebook dan seumpamanya, tindakan penyokong-penyokong PAS mempertikaikan Malaysia sebagai negara Islam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin Islam kerana kononnya  gagal membantu masyarakat Islam Rohingya yang khabarnya sedang menjadi mangsa penindasan di Mynmar.

Sedangkan puak-puak ini tahu, bukan senang-senang boleh terjah masuk negara orang atas alasan nak beri bantuan melainkan ada mandat dari badan-badan antarabangsa terbabit seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Bulan Sabit Merah Antarabangsa dan seumpama dengannya.  Jangan kata negara orang, rumah kita sendiri pun tak dibenarkan sebarangan orang terjah masuk.

Walaupun mereka tahu itu, tapi ia tetap dijadikan isu kerana isu adalah udara dan makanan kepada parti-parti pembangkang di Malaysia untuk terus bernyawa.  Selain bermaksud nak mengatakan kerajaan Malaysia ini tidak baik, tidak prihatin, macamlah depa hebat sangat, prihatin sangat.

Dalam hal ini, penulis sambut baik usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dibawah kepimpinan Datuk Azeez Rahim yang telah membuat perancangan untuk melancarkan misi bantuan kemanusian ke Rohingya dalam jangka masa terdekat – misi antarabangsa kedua seumpamanya yang pernah dilancarkan KP1M.  Kali pertama ialah di Somalia pada tahun lepas.

Walaupun baru diperingkat perancangan, tapi kredebiliti KP1M dalam hal-hal seumpama ini tidak boleh dinafikan lagi.  Mereka telah membuktikannya di Somalia tahun lepas dan apa yang mustahil untuk mereka melakukannya sekali lagi tahun ini?  Tambahan pula Mynmar bukan berada begitu jauh dari negara kita seperti Somalia.

Selain dapat menghulurkan bantuan kepada saudara seagama yang menjadi mangsa penindasan, KP1M juga dapat menyalurkan berita akan situasi sebenar yang menimpa masyarakat Rohingya di sana.  Sekarang ini terlalu banyak pihak yang membawa begitu banyak cerita dan gambar.  Yang mana satu betul, kita sendiri pun tidak pasti.  Mungkin skala tragedi yang menimpa masyarakat Islam disana adalah lebih besar dari yang dilaporkan media antarabangsa dan media sosial lain di Internet.

Justeru, dengan kehadiran KP1M disana, pemberitaan yang sebenar akan tragedi yang menimpa masyarakat Islam Rohingya akan dapat disampaikan, seterusnya jalan penyelesaian antara pihak-pihak bertelagah dapat diusahakan oleh pihak berwajib.  

Cuma nanti janganlah pemergian KP1M ini dijadikan isu politik seperti mana yang berlaku dalam misi bantuan di Somalia tahun lepas.  Apatah lagi bila yang menyalak itu lebih selesa di kerusi dan katil empuk pejabat atau rumah masing-masing, sementara ahli-ahli KP1M yang terlibat mengharungi segala masalah untuk menjayakan misi negara yang diamanahkan kepada mereka.

Tak sebut lagi meninggalkan keluarga disini untuk menyertai misi mulia tersebut.

Perkara ini perlu dijelaskan awal-awal kerana puak pembangkang (sebut Pakatan Rakyat) lebih suka mempolitikkan isu ini kerana KP1M adalah organisasi dibawah UMNO.  Mereka sendiri tidak ada usaha nak membantu walaupun berkuasa di beberapa buah negeri.  Malah puak-puak ini lebih rela membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan ahli parti mereka sahaja, contohnya membayar kos guaman yang nilainya mencecah hampir setengah juta ringgit menggunakan wang rakyat.

Dalam hal ehwal masyarakat Islam antarabangsa ini seperti di Rohingya ini, mereka hanya pandai menyalak kerajaan supaya membantu tapi mereka sendiri tidak mengambil apa tindakan pun ke arah itu walaupun khabarnya ahli-ahli mereka hebat, bersedia untuk jihad, syahid dan sebagainya.

Apapun, penulis mendoakan kejayaan Datuk Azeez dan pasukannya dalam misi kemanusian yang bakal dijalankan kelak.  Mungkin sekembalinya Perdana Menteri dari mesyuarat khas OIC yang sedang membincangkan antara lain isu Rohingya ini, KP1M akan mendapat maklumat dan peruntukkan secukupnya dalam membuat persediaan untuk menjayakan misi tersebut nanti

No comments:

Post a Comment