Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday, 17 June 2012

Merdeka Centre - Tukang Fikir Atau Tukang Pusing?


Merdeka Centre merupakan satu lagi jentera yang digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk mencapai impian mereka untuk ke Putrajaya. Ada yang memikirkan bahawa mereka adalah kumpulan pemikir tetapi sebenarnya mereka hanyalah tukang pusing kerana itulah yang kini dilakukan oleh Merdeka Centre untuk PR. Survey dan juga statistik yang mereka lakukan adalah sebenarnya bertujuan untuk mengelirukan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib. Target utama mereka adalah Najib kerana beliau merupakan halangan terbesar bagi PR yang mahu memenangi PRU13.
 
Dalam masa-masa yang tertentu, tukang pusing ini mula menyebarkan statistik mereka - Populariti Najib menurun, populariti Najib naik, sekejap turun, sekejap naik, lebih kurang seperti permainan komputer. 

Mereka cuba untuk menghasut rakyat supaya percaya bahawa survey yang mereka lakukan adalah profesional. Dan apabila tarikh PRU diumumkan, kemungkinan 'survey' baru akan dikeluarkan untuk menceritakan bahawa populariti najib sudah turun, akan kalah, habis. Semuanya untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat adalah yang berkuasa.
 
Antara pelanggan-pelanggan utama Merdeka Centre adalah kerajaan PR bagi Pulau Pinang dan Selangor. Tukang pusing ini menjalankan tinjauan berkala bagi Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim dengan bayaran yang lumayan. Mereka meninjau pendapat rakyat terhadap kedua-dua kerajaan negeri tersebut dan ketua bagi kedua-dua negeri. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa mereka tidak pernah mengeluarkan maklumat terhadap Menteri Besar bagi kedua-dua negeri tersebut?
 
Apa kata tunjukkan kepada rakyat statistik bagi pendapat rakyat terhadap Anwar Ibrahim? Mengapa tidak keluarkan statistik apabila berlakunya isu video seks yang melibatkan Anwar? Setiap kali demonstrasi Bersih dijalankan, akan ada statistik yang menyatakan bahawa populariti Najib sekejap naik, sekejap turun. Rakyat benar-benar ingin tahu ststistik terhadap populariti Anwar selepas Bersih 3.0. Statistik bagi Nizar Jamaluddin, setelah isu WWW1, Lim Guan Eng setelah kebanyakan bukit di Pulau Pinang dimusnahkan dan tentang Ambiga setelah berlakunya segala keganasan di jalanan. Dasar tukang pusing!
 
Jadi, biarlah kami yang beritahu anda akan perkara yang sebenar. Salah satu daripada arahan yang diterima oleh Merdeka Centre dari salah satu daripada client mereka adalah untuk menjatuhkan imej Najib dan UMNO. Mereka telah lakukan perkara seperti ini selama tiga tahun. Mereka juga mempunyai banyak maklumat terhadap Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Walau bagaimanapun, keputusan daripada statistik mereka menunjukkan keputusan yang negatif. Populariti yang mereka peroleh setelah Mac 2008 mula menurun atas segala skandal yang berlaku. Itulah sebab mengapa mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang maklumat terhadap pelanggan mereka. Jika mereka benar-benar profesional, mereka tetap akan mengeluarkan segala informasi terhadap pemimpin-pemimpin tidak kira samada dari PR atau BN. Kenapa serang Najib sahaja?
 
Pengarah kumpulan tersebut, Ibrahim Suffian, yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat dan dia baru sahaja diberi kelulusan oleh kerajaan AS untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai di Amerika. Dia adalah individu yang dikatakan oleh UMNO sebagai individu yang telah menghasut mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi untuk mengadakan PRU12 terlalu awal pada 2008. Tun Abdullah telah melantik Merdeka Centre untuk menjalankan kaji selidik untuk beliau dan mungkin dari keputusan keputusan yang diperoleh, beliau kemudiannya berkeputusan untuk menjalankan PRU walaupun beliau masih lagi mempunyai masa setahu. Kesimpulannya, beliau sebenarnya telah diperangkap.
 
Setelah kejadian tersebut, BN tidak lagi mahu mempunyai sebarang hubungan dengan Merdeka Centre. Dan sejak dari itu, Ibrahim Suffian telah menjadi kaki pusing yang lebih hebat. Dia dilantik menjadi penasihat bagi PR dan sering memberikan kata putus bagi beberapa calon pilihan raya terutamanya selepas PRU pada 2008. Begitulah besarnya  Ibrahim Suffian di PR. Khabar angin mengatakan bahawa dialah orang yang menasihati PR supaya tidak menjalankan pilihanraya negeri jika Najib mengumumkan PRU13.
 
Di Amerika, setiap parti politik mempunyai tukang fikir mereka tersendiri. Merdeka Centre pula adalah tukang pusing PR. Tahniah Merdeka Centre! Anda telah berkhidmat dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment