Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 11 June 2012

Anwar terus dolak-dalik


Walaupun didesak pelbagai pihak supaya menjawab tuduhan mengawal 20 akaun induk bernilai RM3 bilion, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berdiam diri dan enggan memberi sebarang penjelasan.


Beliau sebaliknya terus berdolak-dalik dan cuba melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam usaha mengalih perhatian rakyat terhadap tuduhan berkenaan.

Semalam, Anwar dalam satu sesi dialog ekonomi di Petaling Jaya memberitahu, beliau bersedia mendedahkan akaun bank miliknya dan menjelaskan berhubung dakwaan mengawal akaun induk bernilai RM3 bilion sekiranya Muhyiddin juga melakukan perkara sama.

Anwar juga berkata, beliau sedia menyerahkan semua akaun terbabit dan disiasat sepenuhnya sekiranya Muhyiddin bersetuju berbuat demikian.

Malah, katanya, siasatan juga harus disegerakan sekiranya Muhyiddin sedia melakukan perkara sama.

Isu pemilikan akaun induk berkenaan timbul semula apabila ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali memaparkan pendedahan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Murad Khalid menerusi keratan akhbar Utusan Malaysia pada 29 Oktober 1999 dalam satu sidang akhbar 30 Mei lalu.

Dalam pendedahan yang dibuat hampir 13 tahun lalu itu, Abdul Murad mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Sejak isu itu dibangkitkan semula, pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil membuat laporan polis mendesak Anwar memberi penjelasan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed juga didesak membuka semula siasatan terhadap dakwaan Abdul Murad itu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut menyarankan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut kerana boleh dikaitkan dengan tuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah.

Terbaru, SPRM mengesahkan sedang menyemak status siasatan berhubung akuan berkanun Abdul Murad mengenai dakwaan pemilikan 20 akaun induk oleh Anwar itu.

No comments:

Post a Comment