Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday, 17 May 2012

Walau di ganggu 'yellow panther', PM Najib tetap coool... tak macam Anwar kena sergah deq Benjy.. hihi..

Najib berkata sejumlah besar tetamu pada majlis itu begitu mesra dengan beliau, mereka bersalaman dengannya sambil memberi kata-kata perangsang serta ramai yang meminta bergambar bersamanya.

"Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh dua tiga orang semalam itu tidak mencemar majlis tersebut, ia telahpun diduga. Akibat limpahan daripada demonstrasi Bersih 3.0 baru-baru ini, sudah tentu mereka akan mengambil kesempatan eksploit kehadiran saya bagi kepentingan mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar rakyat Malaysia cintakan keamanan dan tidak suka kepada kekacauan. Mereka menghormati prinsip keluhuran undang-undang.

"Ini dapat dilihat apabila saya berbual dengan mereka yang hadir, bukan sahaja apa yang mereka luahkan begitu positif, tetapi juga telah menerpa ke hadapan untuk bergambar dengan saya," katanya.

Tetapi seperti biasa, katanya, ada segelintir yang kecil yang cuba "hijack" untuk tujuan tertentu.

"Ini adalah kes di mana sekumpulan minoriti kecil cuba dominate keadaan dan suasana. 

Sebab itu sebagai kumpulan majoriti kita tidak boleh membenarkan perkara ini dan kita tidak akan rasa tertekan dalam perkara ini," beliau menambah kata.
 
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada Isnin untuk lawatan kerja dua hari ke United Kingdom. Perdana Menteri menerima jemputan Putera Wales, Putera Charles, untuk menghadiri majlis resepsi sempena penganugerahan Carter Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford.

 

No comments:

Post a Comment