Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 27 May 2012

Sepanduk N.A.J.I.B Diarak Di Putrajaya Sempena Himpunan Jutaan Belia

 

N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia.

Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

“Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar.  Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.

“Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti “Kami sokong dasar kerajaan”, berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Turut kelihatan Majlis Belia Sabah yang membawa bendera gergasi tanda menyokong perhimpunan ini, dan rata-rata mereka menuntut golongan itu diberi lebih peluang mendekati serta terlibat dalam program kerajaan.

Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan kira-kira dua juta belia menghadiri edisi kali ini, dan terdapat 500 aktiviti serta 1,000 persembahan sepanjang lima hari program itu berlangsung.

No comments:

Post a Comment