Setelah mendengar keterangan pihak pendakwaan, Yang Arif Hakim telah memutuskan seperti berikut:
“Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.”
Bagi tuduhan pertama, hakim mendapati bahawa tertuduh telah mengarahkan Dato’ Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II untuk memperolehi kenyataan bertulis dari Azizan bin Abu Bakar menafikan dakwaan liwat sepertimana yang terkandung dalam Akuan Bersumpah bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana berjaya diperolehi dengan tujuan untuk mengelak dari dimalukan.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didapati telah mengarahkan perkara yang sama kepada orang yang sama dengan tujuan melindungi dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang.
Bagi tuduhan ketiga, tertuduh telah mengarahkan Dato’ Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II untuk memperolehi kenyataan bertulis dari Ummi Hafilda bte Ali menafikan dakwaan salahlaku seks dan liwat seperti yang terkandung dalam laporannya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana berjaya diperolehi dengan tujuan mengelak dari dimalukan.
Bagi tuduhan keempat, tertuduh didapati telah mengarahkan perkara yang sama kepada orang yang sama dengan tujuan melindungi dirinya dari dikenakan tindakan undang-undang.
Ketika disoal dikandang tertuduh, Anwar telah bersikap seperti biasa iaitu cuba membelitkan setiap kata-katanya:
Soalan: Apakah setuju bahawa P20 dan P22 membawa faedah kepada Dato’ Seri?
Anwar: Bagi saya soal faedah tidak berbangkit.
Soalan: Bersetuju atau tidak bahawa P20 dan P22 adalah penting kepada Dato’ Seri?
Anwar: Kebenaran penting bagi saya.
Soalan: Apakah P20 dan P22 penting kepada Dato’ Seri?
Anwar: P20 dan P22 ditulis oleh Azizan. Penjelasan Ummi dan Azizan terhadap tohmahan dan fitnah adalah untuk memberikan kenyataan yang benar.
Soalan: Bersetujukah tidak bahawa P20 dan P22 telah dihantar oleh Dato’ Seri sendiri kepada Perdana Menteri bersama dengan D76 sebagai lampiran-lampiran?
Anwar: soalan itu sangat mengelirukan kerana D76 dihantar kepada Perdana Menteri satu tahun berikutnya dan saya muatkan dalam lampiran hampir semua surat yang ada di dalam simpanan termasuk P14 yang dikatakan telah juga dikirim kepada Perdana Menteri. Saya tidak tahu sama ada sebahagian atau kesemua lampiran-lampiran tersebut telah dihantar kepada Perdana Menteri sebelumnya.
Soalan: Setuju atau tidak bahawa P20 dan P22 telah dihantar kepada Perdana Menteri bersama dengan D76? Dato’ Seri setuju atau tidak bahawa Dato’ Seri memuatkan P20 dan P22 ke dalam D76 untuk perhatian Perdana Menteri?
Anwar: D76 ditulis kepada Perdana Menteri sebagai lanjutan perbincangan di antara saya dan dengan Perdana Menteri.
Soalan: Soalan saya tidak dijawab.
Anwar: P20 dan P22, saya jawab setelah bincang dengan Perdana Menteri semua dokumen yang ada dalam rekod saya dilampirkan.
Soalan: Ini hanya soalan mudah.
Anwar: Saya ulangi iaitu lampiran-lampiran di D76 termasuk P20 dan P22 dihantar kepada
Perdana Menteri sebagai lanjutan perbincangan yang saya akan adakan dengan Perdana Menteri.
Lihat saja bagaimana Anwar sukar sekali menjawab soalan yang hanya memerlukan jawapan “Ya” atau “Tidak” sebaliknya cuba mengelirukan mahkamah mengenai bahan bukti iaitu surat penafian dari Ummi dan Azizan kepada Perdana Menteri. Ditanya sama ada beliau yang mengarahkan pihak polis mendapatkan penafian mereka, Anwar menafikannya dan mempertanggungjawabkan sepenuhnya perolehan penafian tersebut ke atas Dato’ Mohd Said dan Dato’ Amir Junus.
Pihak pembela bagaimanapun terus menuduh kerajaan telah berkonspirasi dengan pihak polis untuk menjatuhkan beliau. Untuk ini, Yang Arif Hakim telah menyatakan:
Konspirasi politik adalah slogan yang digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak pembela sejak dari mula perbicaraan. Laungan slogan ini ialah untuk menyatakan bahawa terdapatnya tokoh politik tertentu yang berkonspirasi untuk menjatuhkan tertuduh dan untuk mencapai matlamat itu telah meminta bantuan Ummi untuk membuat dakwaan atas kepentingan mereka. Seperti yang telah saya katakan di awal penghakiman ini, benar atau tidak dakwaan (konspirasi) ini bukanlah isunya. Apa yang pihak pendakwaan perlu buktikan hanyalah fakta pertuduhan. Itu saja yang diperlukan oleh pendakwaan untuk pertuduhan ini. Maka, bukti dan sebab, motif dan pengenalan atau penjelasan fakta berkenaan pertuduhan (konspirasi) adalah tidak relevan berdasarkan SS 7, 8 dan 9 Akta Bahan Bukti. Ini bermakna, walaupun jika terdapat tekanan, sama ada politik, korporat atau apa jua di sebalik dakwaan Ummi bukti (berkenaan konspirasi) adalah tidak relevan dalam isu ini.
Apa yang tinggal untuk dibangkitkan oleh pihak pembela selain dari penafian, adalah membuktikan bahawa kenyataan saksi pendakwaan berkenaan arahan yang diberikan oleh tertuduh hanyalah rekaan.
Bagaimanapun apabila tertuduh ditanya mengenai tuduhan konspirasi politik beliau hanya memberikan gambaran bahawa terdapat beberapa orang politik yang tidak senang dengannya sejak berlakunya krisis kewangan 1997.
Sekali lagi, beliau ditanya apakah teori konspirasi ini dibangkitkan untuk menunjukkan bahawa semua tuduhan terhadapnya adalah tidak benar. Beliau menjawab, “Tidak. Ia adalah untuk mempertikaikan kredibiliti saksi).”
(Bersambung)

No comments:
Post a Comment