KUALA
LUMPUR, 11 Mei – Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku
Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik
penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas menunjukkan parti
itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara tulen
seperti yang dilaung-laungkannya selama ini.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana
dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima
pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan
bukannya mewakili parti.
“Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara
tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu
melaksanakan apa yang mereka perjuangkan,” katanya dalam kenyataan media
hari ini.
Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila
beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala
Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku
pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di
Dataran Merdeka.
No comments:
Post a Comment