Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran
protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis
Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih
4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1,
Bukit Damansara di sini minggu ini.
Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.
Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.
Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.
"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.
"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.
Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.
Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam. Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

No comments:
Post a Comment