UMNO Bahagian Lembah Pantai mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab memulakan provokasi dengan memaki hamun ahli sayap itu sehingga tercetus kekecohan pada ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Khamis lalu.
Ketua Pemudanya, Datuk Mohamad Sazali Kamilan, berkata melalui
ucapan Anwar, Penasihat PKR itu ada menyebut perkataan ‘Pemuda UMNO
Sial, Pemuda UMNO Celaka’ sehingga menimbulkan kemarahan ahli sayap
ketika itu sedang membuat simulasi pilihan raya di kawasan sekitar.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda UMNO menafikan sekeras-kerasnya ahli
sayap itu bertindak ganas sehingga mencetuskan kekecohan di situ.
“Kita menolak sekeras-kerasnya kenyataan malam itu malam berdarah Lembah Pantai.
“Memang tiada pergaduhan di situ, tetapi oleh kerana kita melihat provokasi dimulakan Ketua Pembangkang ketika Pemuda UMNO bahagian tengah melakukan simulasi, jadi faham-fahamlah, apa akan berlaku?
“Kalau PKR kata ada yang tercedera (disebabkan Pemuda UMNO), kami bukan nak mempersalahkan sesiapa tapi ada juga ahli kita yang cedera.
“Kita juga ada gambar menunjukkan ahli UMNO, Muhd Saiful Bukhari cedera terkena batu, ” katanya pada sidang media bagi menafikan dakwaan PKR itu di Rumah BN Lembah Pantai, semalam.

Sazali berkata demikian bagi mengulas dakwaan PKR bahawa pemuda
UMNO bertindak ganas pada ceramah pembangkang itu dengan membaling batu
dan telur sehingga mencederakan seorang warga tua dan kanak-kanak.
Beliau berkata, tindakan Penasihat PKR itu didakwa kerana rasa tercabar berikutan kehadirannya di kawasan Lembah Pantai tidak mendapat sambutan, sekali gus gagal meraih sokongan pada peringkat akar umbi.
Bagaimanapun, katanya Pemuda UMNO tidak berhasrat membuat laporan polis berikutan tidak mahu menuduh mana-mana pihak.

No comments:
Post a Comment