Kira-kira 500,000 orang dijangka menghadiri sambutan
ulang tahun ke-66 UMNO di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai Jumaat
hingga Ahad ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
acara kemuncak ialah perhimpunan raksasa anggota parti selain pelbagai
aktiviti, termasuk sambutan Hari Ibu dan kejohanan futsal.
Beliau berkata persiapan sambutan itu sudah 80 peratus siap dan yakin ia akan berjalan lancar mengikut perancangan.
“Raptai malam ini adalah untuk acara yang akan diadakan pada Jumaat
ini, dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar pada sambutan itu,”
katanya ketika ditemui pada raptai penuh sambutan itu di Stadium
Nasional malam tadi.
Sambutan ulang tahun UMNO, yang bertemakan ‘UMNO Pembela Rakyat’, berlangsung selama 13 hari, bermula 1 Mei lepas.
No comments:
Post a Comment