Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday, 27 April 2012

Video: Azmin Ali `Kecut Pecut’ & Gelabah


Nampaknya, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ‘kecut perut’ dan gelabah sejak Datuk Nallakaruppan menyerahkan video yang dikhabarkan mempunyai kaitan dengan isteri Azmin, Shamsidar Taharin, ujar EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam.
“Sebagai seorang yang pernah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya rasa Azmin mempunyai alasan yang munasabah untuk ‘kecut perut’.
Jika sebelum ini, boleh dikatakan hubungan di antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar lebih kepada pendedahan yang dibuat oleh Ummi Hafilda dan kemarahan yang Wan Azizah pamerkan ketika Azmin membawa Shamsidar datang ke rumahnya,” ujarnya mengulas sikap mendiamkan diri Azmin Ali sejak pendedahan dan penyerahan sebuah video yang mengaitkan hubungan bekas bosnya bersama isterinya, Shamsidar.
Tambahnya, namun tidak lama lagi akan terbongkarlah satu lagi bukti yang tidak mungkin lagi akan dapat dipertikaikan.
“Kali ini, saya turut bersimpati dengan Anwar Ibrahim kerana adegan ini berlaku ketika beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, masih muda dan tidak boncit.
Apa agaknya alas an yang akan diberikan selepas ini?,” ujarnya yang juga mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan.

No comments:

Post a Comment