Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 27 April 2012

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bantah BERSIH 3.0



Ketika pemimpin PAS, DAP dan PKR sepakat menyokong perhimpunan BERSIH 3.0 esok, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara terbuka menyatakan pendiriannya membantah perhimpunan itu.

Ahli Dewan Negara itu juga mendakwa tidak semua ahli parti pakatan pembangkang bersetuju dengan perhimpunan itu kerana tidak ada jaminan ia akan berakhir dengan aman.
“Walaupun daripada pembangkang, saya mengisytiharkan saya menentang demonstrasi jalanan berdasarkan prinsip. Kita mungkin sebahagian daripada parti atau pertubuhan tapi itu tidak bermakna kita perlu mengetepikan pendirian kita. Kita semua tidak patut buat begitu. Ada perkara yang kita sokong dan ada perkara yang kita mesti bantah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
BERSIH bercadang mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka esok walaupun lokasi itu tidak mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tunku Abdul Aziz juga berkata, berdasarkan pengalamannya tinggal di beberapa negara, beliau menyaksikan sendiri perhimpunan yang dianjurkan banyak pertubuhan dan menyedari walaupun bermula dengan aman, ia akan berakhir dengan keganasan.

“Pihak yang menganjurkan perhimpunan itu kemungkinan tidak ada di situ. Siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan dan kerosakan? Kemungkinannya nanti adalah menyalahkan pihak berkuasa dan saya rasa ini tidak adil,” katanya.

Beliau turut memberi contoh demonstrasi oleh pelajar di London tahun lalu yang mengakibatkan kerosakan harta benda dan merugikan perniagaan. 
“Apabila London ditawan penunjuk perasaan, negara itu berada dalam keadaan kacau bilau dan saya tidak mahu BERSIH 3.0 juga memberi impak yang sama kepada negara,” katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, perhimpunan berkenaan juga umpama mengajak rakyat melanggar undang-undang yang sepatutnya dihormati.

“Kita sepatutnya menjadi penggubal undang-undang dan saya rasa di sini ada percanggahan.

Saya menyokong untuk berhimpun jika ia tidak melanggar undang-undang dan saya menolak perkara yang melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau juga berkata, penganjur perhimpunan sepatutnya menerima pelawaan pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih selamat.

“Sebenarnya mereka nak protes. Pentingkah di mana protes itu diadakan? Undang-undang membenarkan kita berhimpun tapi siapa yang akan menjaga keselamatan.

Justeru, apa juga yang kita lakukan, kita perlu berbincang dengan polis. Bila polis menasihatkan kita menukar tempat, mungkin kita patut adakan di tempat lain,” katanya.

Beliau juga berkata, pandangannya itu bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.



1 comment:

  1. salam... mohon link pada blog ni http://mynameblackpanther.blogspot.com/
    jasa anda amat di hargai...

    ReplyDelete