Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 28 April 2012

Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!







Sekitar gambar BERSIH 3.0 yang kurang ajar
 
Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka.  

Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Ini terbukti melalui laungan ‘Jatuhkan BN’, ‘Mampus PM’, ‘Tumbangkan Kerajaan’ yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan.   Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan. 

Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka.  Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan.   Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. 

Namun, ini tidak berlaku.  Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka.   Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal. 

Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan.    Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita. 

Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini.  Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? 

Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?   Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata.  Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank.  Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik.  Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.  

Dalam sejarah penggulingan kuasa melalui demonstrasi jalanan, seperti di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain, tahukah kita bahawa tidak ada satu pun dari negara tersebut yang dapat bangun dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.   Kesemuanya musnah, dan kehidupan rakyatnya adalah jauh lebih susah dan menderita dari yang pernah dialami mereka di bawah kerajaan terdahulu. 

Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?

Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian?    Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini. 

Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka.   Namun, seperti biasa, mereka membantah. 

Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga.   Kerana apa?  Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban.  

No comments:

Post a Comment