Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday 9 April 2012

Malapetaka Kalau PR Tidak Tunaikan Janji PRU12


Kita ingatkan kepada mereka yang terlupa atau mungkin jenis pelupa... Ker memang tak ingat atau memang sengaja tak mau ingat!!!!

Kalau tak ingat, di sini kami bagi ingat.. agaknya penulis di portal ini sudah di bayar oleh UMNO mahupun Barisan Nasional????

Sekiranya betul ini berlaku, benarlah UMNO dan Barisan Nasional sudah merasuah penulis di blog pro pembangkang nih..

 Mohon PKR wujudkan Suruhanjaya di Raja menyiasat perkara ini yer. Penting sangat...

Terima kasih.

GTP tunjuk satu sahaja yang belum mereka laksanakan.. kami faham anda sibuk.. its ok.. good try Pakatan.. :)



Selangor

Memastikan semua pemimpin bebas rasuah, Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri, Menghentikan projek-projek membazir dan rugi, Memastikan ketelusan pentadbiran negeri , Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan, Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan.

Membuka tabung permulaan RM 100 bagi setiap anak kelahiran Selangor, Memberi bantuan RM 75 sebulan bagi setiap anak yang di hantar ke nurseri, Memberi bantuan RM 50 sebulan seorang bagi pendidikan anak pra sekolah, Memberi hadiah RM 1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti, Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor, Memberi bantuan kepada kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia, Mencarum takaful bernilai RM 2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim, Memberi elaun ibu tunggal yang layak , Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak mereka, Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri, Mewujudkan institusi menyelaraskan hal ehwal agama selain Islam.

Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin, Memberi 14 hari cuti suami yang isterinya bersalin, Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami, Menyediakan perubatan percuma unutk warga 65 tahun ke atas.


Menyediakan premis perniagaan yang cukup, Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda, Memberi galakan kepada belia dan wanita muda berniaga dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik  untuk 2 tahun pertama, Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%, Memberi bekalan air domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan, Menjalankan program bagi membolehkan rakyat termiskin terutama petani dan nelayan mendapatkan perkhidmatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan.

Menguatkuasakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir, Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan, Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita. Selebihnya di link ini yer.. Semoga jari anda tidak memangkah Pakatan Rakyat lagi. Tq
       

No comments:

Post a Comment