Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan lambang kedaulatan negara
SEMPENA pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada kelmarin, tajuk khutbah hari ini ialah ‘Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah’.
Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’am ayat 165 bermaksud: “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak mengujimu pada apa yang dikurniakan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Imam al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah wawilayatu ad-Diniyah dalam menghuraikan tugas dan tanggungjawab khalifah, menggariskan beberapa dasar wajib dipikul dan dilaksanakan pemimpin sesuai dengan kedudukan masing-masing.
Antara ialah, yang pertama: Memelihara Din al-Islam, mengenai asasnya yang tetap dan juga perkara disepakati ulama. Kedua: Melaksanakan hukum di antara pihak bertelagah serta menyelesaikan setiap perselisihan yang timbul.
Ketiga: Melindungi kehormatan wanita supaya masyarakat terus hidup aman damai. Keempat: Menjalankan setiap hukum dan perintah yang Allah SWT amanahkan kepada manusia agar hak Allah tidak diabaikan dan dapat pula melindungi hak manusia dari kerosakan dan kemusnahan.
Sebagai umat Islam di Malaysia, kita bersyukur kerana struktur kepimpinan negara kita dalam keadaan stabil dan jauh lebih baik daripada sesetengah negara umat Islam lain yang sentiasa bergolak dan sebahagiannya huru-hara.
Sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggak kepada kekuatan dan perpaduan ummah amat sebati dalam kalangan rakyat di negara ini. Raja Berperlembagaan bukan saja menjadi lambang sebuah negara berdaulat, bebas dan merdeka tetapi ia juga lambang perpaduan rakyat berbilang kaum.
Justeru berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa di negara kita, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pemerintah tertinggi, sebagai Ketua Negara dan Baginda juga sebagai Ketua Agama Islam.
Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah satu jawatan diwarisi turun temurun. Dalam Perlembagaan Persekutuan, urusan pemilihan dan pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terletak pada keputusan Majlis Raja-Raja yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.
Justeru pemilihan baginda sebagai ketua negara dan agama menuntut kepada penyempurnaan tanggungjawab yang amat besar. Ini terkandung di dalam lafaz sumpah jawatan baginda – “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” yang dapat dirungkaikan dalam lima kata kunci iaitu undang-undang, perlembagaan negeri, agama Islam, adil dan aman.
Sebagai Ketua Negara, baginda hendaklah melaksanakan pemerintahan dengan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa memandang status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan.
Firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat 8 bermaksud: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”
Secara tersirat, pengekalan institusi Raja di negara ini adalah satu penerusan mengekalkan identiti sebuah kerajaan Melayu Islam di tanah air sebagai warisan bangsa. Institusi ini sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, terdapat pihak tertentu cuba memecah-belahkan ummah, menuntut kebebasan secara melampau melanggari cara tabii manusia, mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan menyokong musuh Islam.
Persoalan besar timbul ialah mengapa keadaan ini berlaku? Berdasarkan pemerhatian, keadaan ini berlaku kerana terdapat umat Islam sendiri sanggup menggadai maruah dan kepentingan agama serta bangsa kerana kepentingan diri dan ideologi masing-masing serta ada yang sanggup bersubahat dengan pihak tertentu untuk mempertikaikannya atas alasan mempertahankan hak asasi pihak lain.
Oleh itu, umat Islam perlu sedar, mereka yang menyokong pihak memusuhi umat Islam sebenarnya meletakkan dirinya sebagai musuh Islam, ini disebabkan pengaruh musuh Islam yang mampu mengawal pemikiran dan tindakan mereka demi untuk mendapat apa yang diingini.
Jika umat Islam hilang integriti, hilang maruah dan diperalatkan pihak lain, maka akhirnya umat Islam akan menerima nasib malang lagi hina di negara sendiri. Justeru, bagi mengekalkan keadaan dan suasana ini, umat Islam perlu bersatu padu mendokong dan menjunjung institusi Raja Berperlembagaan.
Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah negara. Umat Islam diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah seperti firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59 bermaksud: “Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan taatlah kamu kepada Ulil-Amri dalam kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”
Akhir sekali, bersempena pertabalan Al-Mu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badalishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, marilah kita merafak sembah, menjunjung kasih taat setia kepada baginda sepanjang takhta pemerintahan.
Marilah kita mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta kerabat baginda sentiasa di bawah payung rahmat Ilahi, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.
Semoga baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan pemerintahan negara. Kita doakan juga agar Negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran.
Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.
Gerbang Tempur Puteri nak sound kat sini,
Wahai Pakatan, barang siapa yang ingkar kepada Raja, Sultan waimma Agong yang Adil, engkau tergolong dengan golongan yang mengingkari janji sumpah negara. Namun sesungguhnya, jika engkau tidak mengingkari sumpah janji Anwar Cap Ayam.. sesungguhnya engkau telah membawa negara ke kancah kacau bilau. Melainkan engkau lahir luar dari negara Malaysia dan memegang nombor kad pengenalan -71- di tengah-tengahnya. Oleh yang demikian, memadailah sekiranya engkau mentaati sahaja DAP laknatullah. Hadis dan Riwayat Lim Kit Siang
No comments:
Post a Comment