Kecoh Soal Laporan Minoriti: Pembangkang Menafikan
Demokrasi
Pembangkang sentiasa menangani isu
dengan cara bikin kecoh, kelam-kabut dan huru-hara. Menghentak meja,
membaling kerusi, menjerit-jerit, memaki hamun, malah membaling Molotov
cocktail semuanya merupakan ‘trademark’ khas operasi pembangkang.
Pendek kata, sikap mereka langsung
tidak menunjukkan sikap manusia waras, bijak, matang, professional, rasional
mahupun bertamadun.
Kelmarin, dalam sidang Dewan Rakyat
sekali lagi pembangkang membuat kecoh hanya kerana tidak bersetuju dengan 4
dari 22 syor yang dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung
penambahbaikan proses pilihanraya. Selain itu, mereka juga mempersoalkan
penolakan terhadap cadangan agar Penyata Minoriti dilampirkan bersama Laporan
Akhir Jawatankuasa semasa mesyuarat terakhir pada 29 Mac 2012.
Sedangkan, penolakan tersebut adalah
berdasarkan keputusan undian iaitu 6 undi menolak dan 3 undi bersetuju.
Nampaknya pembangkang mempunyai
masalah dengan amalan demokrasi yang menentukan keputusan melalui pilihan
majoriti. Hanya kerana keputusan majoriti tidak menyebelahi mereka, maka
mereka akan membuat kecoh atau pun huru-hara.
Sikap pembangkang ini menjadikan rakyat
semakin ‘cuak’ dengan mereka. Walaupun pembangkang cuba mencari ‘kredit’
dengan membangkitkan persoalan dan bantahan tetapi tindakan mereka bukannya
memberi faedah tetapi hanya menjauhkan lagi rakyat dari mereka.
Rakyat mungkin mengangkat pembangkang
sebagai juara jika sekali sekala bangun membuat kecoh atas isu-isu yang
kononnya membela rakyat. Tetapi jika terlalu sering membuat kecoh,
walaupun isu tersebut telah diselesaikan melalui undian secara demokrasi maka
rakyat mula merasa meluat dan mengambil sikap sinis terhadap pembangkang.
Rakyat mula tertanya-tanya, apakah
ini sikap pejuang demokrasi tulen? Juara hak asasi dan hak bersuara?
Bagaimana pejuang demokrasi tidak boleh menerima keputusan majoriti?
Sebenarnya, pembangkang hanya ingin
mencari publisiti kerana telah benar-benar ketandusan isu yang signifikan untuk
mempromosi diri. Lebih dari itu, pembangkang juga, terutamanya Azmin Ali
yang begitu lantang di Dewan Rakyat semalam sebenarnya hanya ingin mengalih
pandangan rakyat dari isu kedayusannya dan persundalan isterinya, Shamsidar
Taharin yang kembali hangat akhir-akhir ini.
Tetapi, apa yang lebih besar dari
ini semua ialah pembangkang sebenarnya hanya ingin mencipta alasan awal
sekiranya kalah dalam pilihanraya akan datang. Kerana itu, mereka perlu
membuat kecoh seolah-olah PSC tidak berkesan dan tidak telus. Untuk
tujuan ini juga, segala jentera pembuat huru-hara seperti Bersih akan
digerakkan untuk menimbulkan keraguan di kalangan rakyat terhadap sistem
pilihanraya. Sekali gus, jika Bersih berjaya digerakkan secara
besar-besaran, ia mungkin akan membantu Pakatan Rakyat berkuasa tanpa melalui
proses demokrasi dan ini akan merupakan bonus kepada mereka.
Oleh itu, sama ada kesemua 22 syor
tersebut diterima atau tidak, yang mana ia telah pun diterima kemudiannya, atau
laporan minoriti tersebut dimasukkan ke dalam laporan akhir atau tidak,
bukanlah jaminan yang pembangkang tidak menimbulkan huru-hara pada bila-bila
masa mereka suka.
Ini kerana hayat parti mereka
bergantung kepada kebolehan mereka mencipta kekecohan dan mengganggu
ketenangan, dan seterusnya keamanan negara.
Apapun, kita wajar bersyukur kerana
sikap mereka ini telah memudahkan lagi rakyat Malaysia membuat pilihan dalam
pilihanraya yang akan datang.
No comments:
Post a Comment