Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Monday, 30 April 2012

EKSKLUSIF : Bersih 3 Bermotif Politik Untuk Modal PRU 13 – Rosnah


KUALA LUMPUR 30 April – Adalah suatu yang menyedihkan terhadap apa yang berlaku pada perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu yang  bukan sahaja menyebabkan kekecohan dan kerosakkan harta benda, malah kenderaan pasukan keselamatan turut menjadi mangsa sehingga ada di kalangan anggota pasukan keselamatan turut cedera ketika ingin menyuraikan perhimpunan itu.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin menyifatkan perbuatan tidak bertanggungjawab itu membuktikan bahawa Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga tidak mampu menunaikan janjinya bahawa perhimpunan itu akan berjalan dengan aman.

“Mana janji-janji Ambiga yang menyatakan perhimpunan itu tidak menimbulkan sebarang masalah, tindakan ganas peserta perhimpunan yang bersikap ganas bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda awan serta kecederaan kepada anggota pasukan keselamatan adalah bukti jelas terhadap apa yang berlaku.

“Mengapa beliau tidak mampu menghalang  tindakan buruk penyokongnya yang merempuh anggota keselamatan yang berkawal di sekitar Dataran Merdeka, sedangkan ketika itu anggota polis tidak bertindak walaupun mereka diprovok serta dicaci,” katanya ketika diminta  mengulas mengenai perhimpunan itu.

Menurutnya, alasan Ambiga mengatakan peserta perhimpunan tidak mendengar arahannya supaya bersurai selepas berhimpun berhampiran Dataran Merdeka hanya untuk mengaburi masyarakat, dan menuding jari apa yang berlaku kepada peserta perhimpunan.

“Ambiga harus bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, beliau sebenarnya mengetahui apa yang bakal berlaku jika perhimpunan diteruskan, peristiwa hitam ketika Bersih 2 lalu sepatutnya menjadi pengajaran untuknya mengadakan Bersih 3.

“Jika benar ingin menyuarakan bantahan dan meneruskan perhimpunan itu, kejadian nuruk yang berlaku Sabtu lalu tidak akan berulang jika menerima cadangan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan lain yang lebih selamat serta tidak menganggu orang ramai di ibu negara.

“Beliau sepatutnya menerima cadangan mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan di tempat yang lebih sesuai seperti Stadium Nasional di Bukit Jalil,” katanya.

Rosnah berkata, kehadiran Ambiga bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin pembangkang ke kawasan berkenaan menunjukkan mereka seperti menghalalkan apa yang berlaku.

Katanya, kenyataan Anwar yang menggesa peserta perhimpunan supaya memerdekakan Dataran Merdeka yang dikatakan sebagai Dataran Penjajah serta orang ramai ke Dataran Merdeka walau apa yang berlaku membuktikan perkara itu seperti sudah merancang dan mengetahui apa yang berlaku.

“Sebenarnya tujuan mereka adalah adalah satu, untuk menimbulkan persepsi buruk bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada negara luar supaya melihat pihak keselamatan dan kerajaan bertindak ganas kepada peserta perhimpunan walaupun mereka mengatakan akan berjalan dengan aman.

“Perhimpunan yang diadakan itu bukannya untuk menunjukkan tanda bantahan terhadap apa yang dituntut, tetapi sengaja untuk menimbulkan tanggapan buruk kepada pihak kerajaan meraih sokongan  rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti. Itu semua uantuk dijadikan modal ketika berkempen nanti,” katanya.

Beliau berkata, walau apapun alasan yang diberikan oleh Bersih 3, semuanya itu adalah bermotif politik untuk kempen pilihan raya nanti dengan menyalahkan pihak keselamatan dan kerajaan yang diterajui Barisan Nasional. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment