Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Tuesday 10 April 2012

Auku: Pelajar IPT boleh jadi ahli parti politik


Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Auku), yang membolehkan penuntut institusi pengajian tinggi menjadi ahli parti politik, dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.

Ia dibentangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Malaysia termasuk parti politik.

Bagaimanapun ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.

Tiada halangan ke atas aktiviti sedemikian di luar kampus.

Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.

Sekatan itu bertujuan mengekalkan neutraliti dalam kampus.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pindaan Seksyen 15 Auku bakal memberi ruang kepada mahasiswa untuk bergerak aktif dalam politik termasuk kemungkinan memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pernah berkata, menerusi pindaan berkenaan dengan jelas memberi tafsiran terhadap kebenaran berpolitik bagi mahasiswa.

"Pindaan bagi seksyen ini adalah terbesar membabitkan pelajar dan politik.

"Ia sangat spesifik, sebelum ini maksud berpolitik itu tidak jelas. Tapi hari ini dijelaskan bahawa mereka boleh jadi ahli parti.

"Jadi bila sudah menjadi ahli, maka mereka ada hak dalam parti...jadi ia akan berterusan," katanya.

Najib emasa membentangkan usul pemansuhan Proklamasi Darurat bahawa kerajaan akan meminda Seksyen 15 Auku bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli mana-mana parti politik.

GTP kata, ini berita baik untuk Adam Adli yang bakal dinobatkan menjadi calon PRU13 kat mana-mana kawasan negeri Pakatan Rakyat.

Tetapi persoalan yang bermain dibenak fikiran GTP ialah, dari mana datangnya 'pelaburan' itu kelak?? Adakah duit tabung sendiri, sumbangan saguhati dari Anwar Ibrahim, duit sumbangan Soros, duit sumbangan Israel, duit dari NED???? Jeng.. jeng.. jeng..

Sebetulnya, ada can lah Adam Adli mengantikan Anwar Ibrahim kelak. Pewaris oh pewaris..

1 comment: