Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Thursday 1 March 2012

Sudah menjangka jawapan Pakatan Rakyat

Sudah terang lagi bersuluh, di minta siar, sudah siar.. diminta kebenaran, kebenaran disiar.. Itulah dia PKR.. atas Dasar 'kebenaran' di fitnah 'hipokrasi' lagi.. MAHA putar belit rakyat..

Pendedahan surat-surat ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga ketua kerajaan Israel mengesahkan dakwaan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dan juga membuktikan sikap kepura-puraan bekas Perdana Menteri itu selama ini.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, imej luaran Dr Mahathir sebelum ini seolah-olah mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', sebaliknya beliau sendiri mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

"Sebelum ini, Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

"Kemahuan ini merangkumi Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah serta pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel dan jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Luar mendedahkan tiga pucuk surat Dr Mahathir kepada Perdana Menteri ketika  itu iaitu Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak.

Perdana Menteri semasa, Netanyahu juga pernah menyandang jawatan itu antara 1996 dan 1999.

Dalam pada itu, Saifuddin turut menegaskan bahawa Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel dalam wawancara tersebut.

Menurut Saifuddin, sebaliknya Dr Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan perdana-perdana menteri dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel.

Malah kata Saifuddin, hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan dalam suratnya kepada Rabin.

"Sikap ini diteruskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melantik syarikat perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide (Apco) sebagai perunding mereka.

"Antara penasihat APCO merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan Malaysia sebenarnya mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf pergerakan Fatah, tanpa mengambil kira ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal yang dipilih rakyat Palestin.

Katanya, ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

3 comments:

  1. Pakatan Haram Nuwar Juburi bukan sahaja pakar putar belit.. Malah pakar segala tegakkan tut itu.. tut ini..Haha..

    Hidup hakiki diorang nih fikir putar belit fakta sajalah.. Rakyat tidak bodoh lagi.. Dan Kerajaan tidak akan memberi peluang lagi kepada anda di PRU13 dan PRU-PRU akan datang..

    Selamat Berkecai PAKATAN HARAM JADAH nak mampus!!!!

    ReplyDelete
  2. "Katanya, ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel."

    kalau dah tunduk kenapa malaysia masih tak iktiraf israel, kenapa malaysia tak ambik imf kenapa mahathir takder sibuk pergi us nak jumpa pemimpin sana sini nak merayu macam pemimpin pakatan haram sorang tu?

    kekadang tu aku tak paham mana arah tuju pakatan haram ni terhadap sesuatu isu..

    ReplyDelete
  3. Tak ada lain tu.. pakar pecahbelahkan keharmonian rakyat.

    Semua atas kepentingan pribadi dan hawa nafsu!!

    Pakatan haram kan terkenal dengan 'Suka sama suka'..

    Kuburkan Pakatan Haram.. Tak berguna langsung..

    ReplyDelete