Titik temu di antara DAP, PKR dan Pas yang melahirkan gabungan haram PR (tidak berdaftar)hanyalah bersandarkan faktor BN adalah musuh bersama, bukannya kerana mahu berkhidmat & menjaga kebajikan rakyat apatah lagi berhasrat memajukan negara.
Pengelutan dalaman terbaru yang melanda Pakatan Rakyat (PR) sekarang ini membabitkan perebutan kerusi DUN & Parlimen antara DAP & Pas Kedah hanyalah satu daripada ratusan bukti yang menunjukkan PR bakal menempah maut dalam PRU 13 kelak.
Menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga ADUN Kota Darul Aman, jika dalam PRU akan datang Pas gagal memberi lebih banyak kerusi untuk ditandingi DAP, bermakna akan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Kenyataan berbau ugutan tersebut bukan saja menyebabkan ramai penyokong Pas berang naik darah, malah tidak kurang juga yang mula mempertikaikan peranan DAP dalam PR yang dilihat cuba mendominasi arah haluan gabungan tersebut.
Rupanya penyokong Pas baru sedar sikap sebenar DAP sedangkan dah lama kita ketahui betapa kiasunya DAP dalam menjaga kepentingan mereka berbanding mengutamakan kepentingan bersama.
Dalam BN lain halnya. Konsep pembahagian kerusi jikapun terkadang ada kesulitan dan masalah antara komponen BN, jalan penyelesaiannya tetap dirundingkan bersama kerana tertubuhnya BN itu adalah kesinambungan dari parti Perikatan yang lahir atas niat & hasrat murni untuk membela rakyat & memerdekakan negara.
Bagaimana mungkin untuk PR layak memerintah negara bila dalam hal pembahagian kerusi antara anggota gabungan pun wujud budaya ugut mengugut? Pantang bertelingkah pendapat masing-masing berkeras dan enggan mengalah, mahu jahanam negara dibuatnya kalau PR yang memerintah nanti.
Gabungan PR itu sendiri hingga sekarang tidak didaftarkan pun sudah cukup untuk menyebabkan keyakinan umum terhadap PR tergugat ditambah lagi dengan isu perebutan kerusi, jadi tidak sukar untuk kita menjangkakan dalam PRU 13 nanti ada kemungkinan untuk PR bungkus dan gulung tikar.
yg peliknya Pas masih sanggup ikut buntut Dap..
ReplyDelete