Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Sunday 4 March 2012

Perjuangan saya bukan 'budget'





Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menafikan dakwaan Pas bahawa beliau menerima peruntukan dana sebanyak RM30 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melaksanakan program latihan khusus untuk golongan belia di negara ini.

"Tuduhan ini berniat jahat, berunsur fitnah dan satu percubaan untuk memburukkan imej saya di mata rakyat serta mencemar kkredibiliti saya sebagai ahli politik dan peneraju badan NGO, Jati," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara semalam.

Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu kelmarin mendakwa KBS merupakan antara penyumbang utama dana kepada Hasan dalam melaksanakan program latihan khusus untuk belia, selain menggerakkan sesi jelajah ceramah Hasan Ali ke seluruh negara.

Hasan menyelar Mahfuz dan menyifatkannya sebagai 'parasit' dalam parti pembangkang itu. 

Sumber : Hasan Ali nafi terima RM30 juta dana KBS


No comments:

Post a Comment