Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Wednesday 7 March 2012

Pasaran Dunia menyebabkan PETRONAS terpaksa tutup buku 2011 dengan.. Habislah Malaysia

PETRONAS meraih keuntungan bersih RM55.6 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2011, meningkat 10.8 peratus daripada RM50.2 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

pix_gal0
Harga minyak tinggi, peningkatan jualan gas dorong prestasi lebih kukuh


Ini diraihnya daripada pendapatan berjumlah RM222.8 bilion, meningkat 26.9 peratus daripada RM175.6 bilion.

Bagi tempoh suku ketiga berakhir 31 Disember 2011, keuntungan syarikat minyak negara itu bagaimanapun susut 34.2 peratus kepada RM15.6 bilion berbanding RM23.7 bilion dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatannya dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011 tu bagaimanapun meningkat 30 peratus kepada RM78 bilion berbanding RM60 bilion.

Penurunan keuntungan bersih dalam suku ketiga 2011 itu disebabkan oleh keuntungan lebih tinggi dicatatkan pada suku ketiga 2010 hasil daripada keuntungan RM9.3 bilion yang diraihnya daripada penyenaraian Petronas Chemicals Group Bhd dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd.

PETRONAS telah menukar akhir tahun kewangannya kepada 31 Disember daripada 31 Mac bermula tahun lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas, berkata peningkatan pendapatan dan keuntungan bersih syarikat minyak negara itu dalam tempoh sembilan bulan itu didorong harga minyak mentah yang tinggi dan peningkatan penjualan gas cecair asli (LNG), meskipun ia berdepan pengurangan pengeluaran dan kelemahan dolar AS.

Beliau berkata, pengeluaran kumpulan itu terjejas berikutan penyusutan semula jadi minyak di lapangan sedia, sekali gus menyebabkan pengeluaran minyak keseluruhannya susut empat peratus pada tahun kewangan dikaji.

“Harga minyak mentah yang tinggi dan peningkatan jumlah jualan LNG membantu kami mencatatkan prestasi kukuh dalam tahun kewangan dikaji, meskipun berdepan penyusutan pengeluaran dan kelemahan dolar AS,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur semalam.

Shamsul Azhar berkata, pengeluaran minyak kumpulan itu dijangkakan terus terjejas dalam tahun kewangan semasa dengan penutupan operasinya di Selatan Sudan yang mengeluarkan 135,000 tong sehari berikutan masalah pertikaian pembayaran yuran minyak antara Sudan dan Selatan Sudan.

“Penutupan operasi di Selatan Sudan menjejaskan pengeluaran harian minyak mentah kami dan kami tidak tahu bila ia akan beroperasi semula,” katanya.

Beliau berkata, dalam tahun kewangan dikaji, jumlah jualan LNG meningkat 7.9 peratus kepada 20.6 juta tan berbanding 19.1 juta tan tahun sebelumnya, disumbangkan jualan yang tinggi daripada kompleks LNGnya di Bintulu, Sarawak.

Jelasnya, kedudukan kewangan syarikat minyak negara itu kekal kukuh dengan hartanah, kilang dan peralatan (PPE) dan aset masing-masing berkembang 7.6 peratus dan 8.8 peratus didorong pertumbuhan kumpulan yang kukuh.

Tunai daripada operasi, katanya meningkat 37.4 peratus kepada RM72 bilion daripada RM52.4 bilion didorong margin yang lebih tinggi.

Beliau berkata, dalam tempoh dikaji, PETRONAS membuat perbelanjaan modal berjumlah RM30.8 bilion, meningkat 25.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, katanya.

“Pembayaran dividen kepada kerajaan dalam tempoh itu pula berjumlah RM30 bilion,” jelasnya.

Bagi prospek tahun kewangan semasa, Shamsul Azhar berkata, keadaan tidak menentu di Asia Barat dan penyusutan pengeluaran adalah cabaran utama dihadapi PETRONAS tahun ini dan tahun depan, sekali gus berisiko menjejaskan prestasi kewangannya.

Beliau berkata pihaknya menjangkakan harga minyak mentah dunia tidak mungkin kekal berada pada paras yang tinggi kerana ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

Katanya, PETRONAS mengunjurkan harga minyak mentah berlegar secara purata pada paras antara AS$85 setong hingga AS$90 setong sepanjang tahun ini berbanding AS$110 setong ketika ini.

Sementara itu, ditanya sama ada PETRONAS akan membayar pampasan lagi kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) berikutan kerugian yang ditanggung syarikat utiliti kebangsaan itu kerana penutupan kemudahan bekalan gas kumpulan itu bagi penyelenggaraan, Shamsul Azhar berkata pihaknya tidak akan membayar sebarang pampasan lagi kepada TNB dan pampasan diberikan sebelum ini adalah muktamad.

Mengenai cadangan mekanisme harga gas baru, beliau berkata pihaknya masih menunggu keputusan kerajaan.

P/S :
GTP bukan apa, biarlah kita semua memahami apa yang sedang berlaku. Memang tak baik mengfitnah tak sudah-sudah nih. Tak ada siapa pun yang untung.


No comments:

Post a Comment