Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, sisa buangan
kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng, Pahang,
akan dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan
manusia.
Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat yang mempengaruhi emosi dan psikologi walaupun pakar agensi pemantauan nuklear mengesahkan kilang itu selamat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan itu bagi mengelakkan kebimbangan masyarakat yang mempengaruhi emosi dan psikologi walaupun pakar agensi pemantauan nuklear mengesahkan kilang itu selamat.
"Walaupun saintis sudah mengeluarkan bukti termasuk akuan badan
antarabangsa bahawa sisa buangan itu selamat tetapi masih ada orang
tidak puas hati membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita putuskan
pindahkan sisa buangan itu ke tempat lebih jauh," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis
Ramah Mesra bersama Profesional Kelantan
Najib berkata, kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan akan dipindahkan itu dan akan mengumumkannya kelak.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) merumuskan kilang nadir bumi Lynas Corporation selamat dan hanya perlu melakukan penambahbaikan terhadap beberapa aspek teknikal sebelum meneruskan operasi ke peringkat seterusnya.
Laporan hasil kajian pakar agensi pemantauan nuklear itu menyatakan tidak menemui sebarang ‘ketidakpatuhan piawaian keselamatan radiasi antarabangsa’ dalam projek itu.
Bagaimanapun, isu Lynas dimanipulasi pembangkang dengan mengajak rakyat berdemonstrasi Ahad lalu.
No comments:
Post a Comment