Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Saturday, 3 March 2012

Mari tolak pemimpin yang macam kanak-kanak ribena

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dicabar mengetengahkan bukti berhubung dakwaan beliau kononnya Kementerian Belia dan Sukan membiayai program kendalian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang rancak berjalan di seluruh negara ketika ini.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan kebudak-budakan, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut berharap Mahfuz membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat supaya kedua-dua mereka dapat berdepan bagi mendapatkan penyelesaian.

Beliau yang hairan dengan dakwaan tersebut bagaimanapun menganggap ia merupakan taktik lapuk digunakan pembangkang yang sengaja mencetuskan isu bagi menutup kelemahan sendiri terutama krisis kepimpinan Pas di Kedah.

"Pada saya dakwaan ini hanya menunjukkan yang beliau mempunyai masalah otak dan memerlukan rawatan psikiatri. Dakwaan itu adalah pembohongan tidak berasas yang bersifat kebudak-budakan. 

Sumber : Mahfuz dicabar bukti dakwaan

Alhamdulillah, sudah tiada lagi ruang bagi pembangkang untuk 'tembak angin' kepada rakyat berkaitan dengan isu yang sebesar mana baik pun.

Tak terlebih rasanya, bila GTP mengatakan bahawa zaman pemimpin Barisan Nasional bertahan dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh pembangkang sudah berlalu.

Kami juga gembira dengan perkembangan ini. Bila sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang, dan di kalangan pemimpin berdiri menjawab isu dibangkitkan.

Dengan perkembangan ini ianya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional apabila pemimpin dan pro bloggers bergabung  memati kutukan pembangkang.

Harap maklum

No comments:

Post a Comment