Pergerakan Puteri UMNO mempersoalkan apa sebenarnya niat Anwar Ibrahim
dalam kenyataan terbarunya semasa ditemu ramah oleh AWSJ yang secara
jelas menyebut beliau menyokong segala usaha untuk melindungi
keselamatan Israel. Ketua pembangkang itu, nampaknya semakin berani
menzahirkan pendiriannya dalam isu-isu seperti sodomi dan yang terbaru
sokongan ke atas Israel umpama mahu menunjukkan siapa dia yang sebenar.
Apa matlamat Anwar sebenarnya apabila membuat kenyataan yang bertentangan dengan pendirian negara iaitu tidak menyokong apa jua usaha terhadap Israel yang telah menyebabkan penduduk di Palestine kehilangan negara mereka malah berjuta nyawa telah terkorban dan beratus ribu menjadi pelarian di negara sendiri.
Puteri UMNO kesal kerana Anwar tidak henti-henti mencetuskan kontroversi tetapi pada akhirnya beliau akan menyalahkan akhbar kononnya memutarbelitkan kenyataannya sedangkan kata-kata yang diucapkan beliau sememangnya terang dan jelas. Puteri UMNO juga menunggu apa reaksi rakan-rakan Anwar dalam Pas berhubung sokongan terhadap Israel. Adakah mereka akan berdiam diri atau terperangkap dengan kenyataan tersebut. Kita sama-sama tunggu dan lihat.
Puteri UMNO melihat kenyataan Anwar Ibrahim ini sebagai kenyataan dari seorang pemimpin yang sudah tidak jelas hala tuju perjuangannya yang sudah tidak pandai menilai yang baik dan yang tidak. Dan bagi seorang pemimpin yang sudah hilang punca perjuangan, beliau melihat perkara yang elok sebagai buruk dan perkara yang buruk itu sebagai elok. Adakah ciri kepimpinan ini yang diperlukan oleh rakyat ?
Palestine adalah isu sejagat dan tiada kompromi dalam isu ini. Kenapa kenyataan seperti ini harus timbul walhal pada masa yang sama Anwar Ibrahim sedia maklum bahawa Malaysia selama ini lantang memperjuangkan usaha untuk menyokong rakyat Palestine dan perjuangannya. Puteri UMNO menegaskan bahawa kenyataan seperti ini walau apa jua justifikasi diberikan adalah tidak wajar sama sekali. Terima kasih.
YB Datuk Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
( Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia )

Sumber : Komuniti Puteri UMNO
No comments:
Post a Comment