Terima Kasih kerana Follow GT-Puteri , anda semua adalah yang terbaik !

Friday 24 February 2012

PAS Kedah, retak menanti belah

Dr Ismail Salleh (kiri) dan  Phahrolrazi Zawawi.
Dr Ismail Salleh (kiri) dan Phahrolrazi Zawawi.



Seorang lagi Ahli EXCO Kedah dikatakan menghantar surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadualkan diumumkan Selasa depan.
Perkembangan terbaru itu menjadikan dua Exco kanan kerajaan PAS Kedah enggan dilantik semula kerana dikatakan tidak berpuashati dengan corak pentadbiran Azizan. 
Dua nama yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Phahrolrazi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika dihubungi untuk mengesahkan perkara itu, berkata beliau akan mengadakan sidang media berhubung isu terbabit jika ada keperluan berbuat demikian.

“Buat masa ini, adalah lebih wajar saya tidak membuat sebarang kenyataan. Insya-Allah, sampai masanya nanti saya sendiri akan berikan kenyataan dan ia mungkin diadakan dalam masa terdekat, bergantung dengan kesesuaian masa,” katanya.

Sementara itu, Dr Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan, berkata buat masa ini beliau belum bersedia memberi sebarang kenyataan mengenai perkara itu.
Ditanya mengenai dakwaan beliau sudah menghantar surat kepada Menteri Besar, Dr Ismail berkata: “Tanyalah pada Menteri Besar, mungkin beliau lebih tahu. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi.”

Selain dua EXCO kanan berkenaan, seorang lagi EXCO yang disebut-sebut akan berbuat demikian adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib. Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan perkara itu.

Difahamkan, mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini. Surat kepada Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dikatakan dihantar sejak seminggu lalu dan Azizan sudah memaklumkannya kepada kepemimpinan tertinggi PAS Pusat.

Menurut sumber, mereka juga sudah dinasihatkan oleh kepemimpinan PAS Pusat supaya menimbang semula hasrat itu kerana bimbang akan menjejaskan peluang pembangkang kekal berkuasa di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, kepemimpinan Azizan dipertikaikan pelbagai pihak termasuk pemimpin pembangkang dan PAS, khususnya isu penggantungan lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dilaksanakan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Isu lain, tindakan kerajaan PAS Kedah yang bertegas mahu merobohkan Madrasah Salihiah di Kanchut, bagi memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah mendapat perhatian kerana menyentuh sensitiviti umat Islam di negeri ini. 

Sumber : Berita Harian 

GTP kata, buat apa nak salahkan UMNO dalam isu nih??? Hahaha.. Marah Penyokong PAS kat GTP.. UMNO tak ada kena mengena langsung dalam isu nih.

Menang lagi UMNO kalau macam ni.. Alhamdulillah, Amin. 

No comments:

Post a Comment