Alis mampu atasi pengundi hantu
Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) yang
dilancarkan pada Disember lepas, mampu menyelesaikan isu pengundi hantu,
kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, pelaksanaan sistem ini juga dapat menambah baik dan
mengemaskinikan segera segala data mengenai daftar pemilih oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selaras dengan syor yang dikemukakan
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan Penambahbaikan Proses
Pilihan Raya (PSC).
ALIS, selain memudahkan urusan mendapatkan permit untuk pengkebumian
dan sijil kematian, turut berkongsi maklumat di antara Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) dan lapan agensi kerajaan lain, termasuk SPR
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya dalam kenyataan di sini hari
ini.
Hishammuddin berharap dengan adanya sistem ini "isu wujudnya pengundi
hantu seperti yang didakwa pihak tertentu tidak lagi timbul dan
dijadikan bahan politik murahan untuk mengelirukan rakyat."
Melalui ALIS, laporan kematian seorang pengundi akan disalurkan terus
kepada semua agensi yang berkongsi maklumat melalui dalam talian,
termasuk SPR, dan akan membantu suruhanjaya itu bertindak
mengemaskinikan data daftar pemilih dengan mengeluarkan nama si mati
sebagai pengundi, katanya.
Beliau berkata sebelum ini SPR tidak boleh sewenang-wenangnya
membuang nama pengundi yang didakwa sudah meninggal dunia jika tidak
dibuktikan oleh waris si mati dengan sijil kematian yang dikeluarkan
JPN.
Dengan pelaksanaan sistem ini, kini waris si mati hanya perlu membuat
satu laporan untuk mendapatkan permit bagi pengkebumian dan sijil
kematian di balai polis, hospital atau pihak berkuasa tempatan (PBT) di
seluruh negara, katanya. - Bernama
SUMBER : Sinar Harian
Hmmmmmmmm.. GTP kata... ahhhhhhh haaaaiiiiiiiiii.. Matanya lirik-lirik selalu.. senyum mu manis-manis ayuuuuuuu..
Semoga dengan adanya agensi yang menambah baikkan sistem pengurusan maklumat ini memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua rakyat Malaysia..
Siapa rakyat Malaysia tu?? Rakyat Malaysia ialah rakyat yang mempunyai identiti kad sebagai warga negara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. MyKad lah tu..
Selain daripada mereka yang sememangnya pribumi Malaysia dan ahli keluarga mendapat kerakyatan melalui 'jus soli' sebelum merdeka dulu, ada juga yang mendapat kerakyatan melalui tempoh mereka tinggal dan bermastautin di Malaysia, lebih dari 12 tahun. (Itu pun sekiranya mereka mohon untuk mendapatkan kerakyatan). Selain tiada masalah jenayah. Kita semua rakyat Malaysia.
Ada kalangan puak tu kata senangnya nak jadi rakyat Malaysia. Baru sampai 4 jam pun dah boleh jadi rakyat Malaysia. Dah dia pun lahir luar dari Malaysia. Sudah lah banyak cakap, lebih-lebih pula.
Sila guna kebijaksanaan dan kepintaran anda dalam berhujah. Kalau bukan kail panjang sejengkal.. jangan lautan hendak di duga. Ada faham ker?? Maksudnya ialah 'jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.'
GTP menyokong penuh idea Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS). Sekiranya GTP minta supaya semua orang jangan menuduh Kerajaan Persekutuan tidak efisien sebagai sebuah kerajaan, tetap akan ada puak-puak yang terpekik melolong mengatakan kerajaan menipu, bohong dan tidak tegas.
Mereka ini seolah-olah mengambil mudah usaha kerajaan untuk menangani sesuatu perkara menjadi lebih baik.
Puak-puak ini bukan sahaja GTP gelar 'kumpulan mak lampir' dan 'kumpulan zombie Kg Pisang'.. boleh juga di gelar sebagai kumpulan 'Hantu Mak Limah masuk reban.'
Lepas ni kalau ada lagi yang kata ada pengundi hantu, GTP rasa, hantu yang sebenar antara lain dan tak bukan ialah NGO SAMM, kumpulan ADAM ADLI, kumpulan -71- dan seangkatan dengannya.
GTP kata lagi.. isitilah 'pengundi hantu' ini di dalangi oleh PAKATAN HARAM. Mereka yang banyak memainkan peranan ini dan mereka yang lebih banyak bertindak ke arah itu.
Mereka juga yang 'mempropagandakan' isu tersebut dan mengambil kesempatan menuduh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang bertindak memindahkan pengundi-pengundi ini yang diistilahkan pengundi hantu. Itu hujah puak yang penakut bukan??
GTP terus berkata, persepsi masyarakat hari ini lebih terbuka. Kita tungguuuuuuuuuuuuuu..
No comments:
Post a Comment