Datuk Seri
Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta
demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai
RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan
saintifik”.Perdana Menteri mendakwa pembangkang menggunakan isu itu
untuk mendapatkan sokongan politik dengan menyerang kerajaan.“Tetapi apa
yang mereka lakukan ini tidak menemui sebarang penyelesaian.
“Kita
mahu mencari penyelesaian yang boleh diterima tetapi pada masa sama
tidak akan menjejaskan pelaburan kita,” kata beliau.
Ribuan
peserta anti-Lynas menyertai perhimpunan aman pembangkang di Kuantan
hari ini, bantahan terbesar terhadap pembinaan kilang nadir bumi yang
dijangka memulakan operasi hujung tahun ini.
“Yang
penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek
Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya
kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama
masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan.
Kumpulan
anti-Lynas, Himpunan Hijau memberikan tempoh 24 jam kepada Putrajaya
untuk menutup kilang Lynas di Gebeng atau akan berdepan demonstrasi
yang lebih besar.
Perhimpunan ini sebagai bantahan terhadap keputusan Lembaga Perlesenan Tenaga
Atom (AELB) pada 20 Januari, yang memberikan lesen kendalian sementara
kepada syarikat perlombongan dari Australia itu, yang mana akan
memulakan operasinya.
Pengkritik
mengatakan Lynas tidak memberikan jaminan yang secukupnya untuk
mengendalikan sisa radioaktif tahap rendah yang akan terhasil di kilang
itu, yang melahirkan kebimbangan sekiranya loji nadir bumi itu akan
mendedahkan penduduk terhadap radiasi.
Tetapi
Najib mengatakan kerajaan telah mengkaji semula operasi Lynas Corp dan
syarikat itu telah diberikan garis panduan ketat untuk dipatuhi.
“Kita
tidak akan memberikan lesen kendalian melainkan kami berpuashati bahawa
penduduk tempatan boleh menerima projek ini selamat,” katanya.
Beliau
berkata salah satu syarat yang dikenakan terhadap Lynas Corp adalah
sisa toksik yang dihasil ditempatkan di satu lokasi yang jauh dari
penempatan penduduk.
Ditanya
mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan bagi membantah
projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu
sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.
“Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.
“Kita
(kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat,
di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu
tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan,”
katanya.
No comments:
Post a Comment