Anwar berjanji lagi, tutup kilang Lynas jika tawan Putrajaya.
Sudah menjadi lumrah pembangkang menabur janji kepada rakyat dan terbaru mereka berjanji akan menutup kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng di sini jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan itu
berkata, pembangkang tidak akan mempertahankan mana-mana dasar yang
menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.
"Saya mewakili kawan-kawan dalam pakatan pembangkang dengan ini
mengumumkan kalau kita ambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.
"Kami juga ingin memberi jaminan semua tindakan yang merosakkan alam
sekitar, menindas rakyat, merompak harta rakyat, pembalakan di Sarawak,
semuanya akan kami pertahankan," katanya.
Anwar berkata, beliau akan menyampaikan mesej kepada rakyat dan
kerajaan Australia yang mereka perlu bertanggungjawab dengan keselamatan
rakyat Malaysia ekoran pembinaan kilang Lynas.
"Kami (rakyat) tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini (Lynas)," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, pembangkang akan membawa satu usul
tergempar bagi membatalkan pembinaan kilang Lynas pada sidang Dewan
Rakyat yang akan bermula 12 Mac ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih), Datuk S. Ambiga berkata, 'kumpulan kuning' hari ini bersama
dengan kumpulan hijau untuk sama-sama menentang dan menolak mereka yang
menyokong Lynas terutama pada pilihan raya akan datang.
"Kita (Bersih) lancarkan kempen 'Jom 100' yang mana kita mahu 100
peratus rakyat keluar mengundi. Kita tolak calon sokong Lynas, tolak
calon tidak berintegriti," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0, Wong Tuck
memberi tempoh 24 jam kepada kerajaan untuk menutup kilang Lynas atau
menghadapi Himpunan Hijau 3.0.
Sumber : Utusan Online
GTP kata, mereka ni kaya dengan konsep dan propaganda.
Kelakarlah, apa janji mereka selama ini semuanya ditunaikan?? Cakap sajalah..
Berdepan dengan Melayu jadi Melayu,
berdepan Cina jadi Cina,
berdepan India jadi India,
Berdepan Karpal Singh, jadi Karpal Singh
Berdepan Israel jadi Israel..
Berdepan dengan lelaki, jadi jantan..
Berdepan dengan Cina Doll, jadi Samdoll
Nak sangat pemimpin macam ni?? Macam Sesumpah!!!!
No comments:
Post a Comment