Menjawab Hujah Bodoh Nik Aziz Sambut Maulidur Rasul Tiru Kristian
Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.
Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman. Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.
Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya. Menurut sejarah Islam, sambutan hari lahir Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana Maulidur Rasul disambut secara besar-besaran.
Bagaimanapun, menurut buku karangan Ibnu Atheer, Al-Kamil, Perdana Menteri Kerajaan Fatimiyyah kemudiaannya melarang sambutan Maulidur Rasul diadakan, tapi kemudiaannya diraikan kembali ketika pemerintahan Al-Ma’moon Al-Bata’ani. Tapi kemudiaannya sambutan itu diharamkan semula setelah Kerajaan Al-Ayyubiyyah merampas kuasa.
Pada abad ke-tujuh, Putera Muzzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah memerintahkan agar sambutan Maulidur Rasul diadakan kembali di mana banyak khemah didirikan dan dihias indah untuk tujuan majlis mengingati Rasulullah SAW serta sunnahnya itu.
Antara ulama yang menyokong sambutan Maulidur Rasul ialah ulama tersohor dunia, Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi dan Imam Jalaluddin Sayuti, manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mempertahankan majlis sambutannya di negara ini.
Imam Jalaluddin berkata, sambutan Maulidur Rasul memberikan pahala kepada mereka-mereka yang menyambutnya memandangkan ia memuliakan Rasulullah SAW dan ia dianggap sebahagian dari ibadah di bawah kategori bida’ah hasanah (bida’ah yang baik).
“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia,” katanya.
Syeikh Yusuf pula menegaskan bahawa mungkin Maulidur Rasul tidak disambut oleh para sahabat memandangkan Rasulullah SAW berada di depan mata dan sunnahnya hidup di dalam hati mereka. Namun di zaman selepas itu, sunnah Rasulullah SAW sering dilupakan dan sejarah kegemilangan Islam hampir luput dari ingatan dan ia mengharuskan majlis sambutan menyambut kelahiran ‘kekasih Allah’ itu diadakan.
“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan.
“Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini. “Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. “Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup.
Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. “Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah.
Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam,” jelasnya panjang lebar. Pada 13 Februari 2010 pula, Harussani pula pernah tampil mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di mana Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, yang menetapkan agar sambutan Maulidur Rasul tidak diadakan di negeri itu.
Dalam kenyataannya, Harussani yang konsisten mempertahankan Islam tanpa mengira sempadan politik itu menggesa agar perayaan-perayaan lain seperti Thaipusam atau Pesta Tanglung turut dihapuskan sekiranya Guan Eng tekad untuk membatalkan sambutan Maulidur Rasul.
Namun kemudiannya Mufti Perak itu dikecam hebat oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, khususnya dari Pas, di mana beliau ‘dicop’ sebagai ‘ulama UMNO’. “Saya mencabar Tan Sri Harussani meletakkan jawatan sebagai mufti dan beliau secara langsung terlibat dalam politik,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang menuduh Mufti Perak itu bersuara dengan bermotifkan politik pro-kerajaan Barisan Nasional.
Terbaru, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa sambutan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia itu meniru amalan Kristian yang turut mengadakan sambutan hari kelahiran Nabi Isa AS. Pada penulis, beginilah jadinya apabila majlis keagamaan dijadikan alat mainan politik dan individu-individu yang berpengaruh sehingga ia mampu menyebabkan pepecahan dikalangan umat Rasulullah SAW.
Adalah lebih baik pada penulis untuk bersetuju dengan kenyataan Syeikh Yusuf, Imam Jalaluddin dan Harussani mahupun pahlawan Islam terbilang yang hidup di zaman Kerajaan Fatimiyyah, Salahuddin Al-Ayyubi, yang turut menyambut serta membesarkan hari kelahiran Rasulullah SAW.
Dengan ilmu agama yang jauh lebih tinggi dari ahli politik dan pengalaman menyelesaikan maslahah agama mereka lebih berkreadibiliti untuk bercakap mengenai Islam serta menetapkan fatwa yang lebih muktabar untuk dijadikan ikutan seluruh umat Islam di dunia.
Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW dan salam Maulidur Rasul, semoga sunnah Baginda SAW kekal menjadi amalan di dalam kehidupan kita setiap detik, setiap saat di setiap nafas yang dihembus pada setiap hari.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
persoalan di kepala aku, KENAPA BARU SEKARANG TIMBULKAN ISU ITU?
ReplyDeletebukankah Nik Aziz dah hidup lama dan myaksikn sambutan perarakn yg dipenuhi dgn zikir dan selawat ke atas Nabi saw...
Kenapa sekarang?
adakah kerana DAP sekutu dan bos PAS pernah cuba haramkan sambutan perarakn maulidurrasul di penang bbrp bulan lalu?
Adakah demi memenuhi kehendak bos besar PAS iaitu DAP, maka baru kini nik aziz keluarkn fatwa/knyataan tersebut?
PAS bukan agama!
dan Islam bukan milik PAS!
tapi PAS milik DAP!
Dap nak haramkan sambutan maulidur rasul, maka PAS pun kena ikut perintah dan kluarknla apa shj hujah utk mnggembirakn bos.
ReplyDeletehttp://www.pisau.net/2010/02/panas-kerajaan-guan-eng-batalkan.html
*sambut hari jadi nik aziz dgn kek tak mcm kristian dan yahudi pula kan...
perarakan zikir dan selawat sambut hari jadi nabi saw, barula mcm kristian...?
pelik!