Biar
pun cerita ni cerita lama, tapi wajib jugak ianya dikongsikan dengan
korang semua. Biar korang boleh bukak mata dan baca sendiri.
Bukan
apa. Semut nak kita sama - sama melihat dan berfikir sendiri, kenapa
diorang ni sanggup keluar parti kalau diorang percaya kepada Si Nurul
Izzah tu.
Mesti
ada benda yang tak kena sehingga menyebabkan diorang sanggup tinggalkan
Anak Emas Si Ketua Penipu ni. Kalau tidak, menda jadah pulak diorang
nak angkat kaki.
KUALA LUMPUR: Lebih 200 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Lembah Pantai pada Ahad keluar dari parti berkenaan dan menubuhkan Persatuan Gerakan Semangat 1Malaysia (SESAMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan pelbagai kaum, yang menyokong Barisan Nasional(BN).Bekas Naib Ketua Penerangan PKR cabang Lembah Pantai Raymond Suppiah, yang mewakili semua anggota berkenaan, berkata keputusan itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar serta kepimpinan tertinggi PKR."Keputusan ini diambil secara rela hati. Kami tidak puas hati terhadap Nurul Izzah dan pemimpin pusat. Banyak sebab juga kami tak puas hati seperti (Anggota Parlimen Padang Serai) N.Gobalakrishnan beritahu tiada keistimewaan bagi kaum India dalam PKR," katanya kepada pemberita di Brickfields di sini.Beliau berkata keputusan menyokong BN dibuat atas dasar parti komponen yang mewakili pelbagai kaum itu telah banyak membantu semua kaum di negara ini.Menyentuh mengenai SESAMA, Raymond yang menyertai PKR sejak penubuhannya kira-kira 12 tahun lepas, berkata pihaknya masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS).Beliau yang juga Presiden SESAMA berkata kira-kira 400 orang bersetuju menyertai SESAMA setakat ini dan menyasarkan untuk mendapat 4,000 anggota baru menjelang akhir Mac ini.Menurutnya SESAMA akan memberi tumpuan kepada kebajikan dan pembasmian kemiskinan selain mengeratkan hubungan silaturrahim masyarakat pelbagai kaum di Lembah Pantai.Sementara itu, bekas Ketua Biro Kebajikan dan Masyarakat PKR Lembah Pantai M. Parthiban, yang dilantik sebagai Timbalan Presiden SESAMA, berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya menerusi e-mel kepada Nurul Izzah dua minggu lepas."Dia (Nurul Izzah) tidak membalas e-mel saya cuma dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) beritahu dia kenang jasa saya," katanya yang menyertai PKR kira-kira 12 tahun lepas.- BERNAMA
Dah
memang jelas bahawa Si Nurul Izzah ni sebenarnya tak reti buat kerja.
Jauh sekali dia pandai nak jaga anak - anak buah. Itu baru kat Lembah
Pantai. Pun dia buat tak tau je.
Tapi
nak buat macam mana ye tak. Dah dia memang tak reti nak buat kerja. Nak
buat macam mana. Yang dia tau, menipu rakyat. Itu je yang dia reti.
Yang lain hamPAS belaka!!!
No comments:
Post a Comment